Monday, October 13, 2014

KJ Jadi TPM - Memahami Yang Tersirat

Khairy Jamaludin si Ketua Pemuda UMNO ini mungkin tidur dalam keadaan 'terkangkang' malam nanti setelah bekas orang kuat media era Tun Mahathir Mohamad, Datuk A Kadir Jasin seakan memberi perakuan akan kelayakannya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri lebih awal.

Khairy ada sebab untuk berasa bangga kerana Kadir diketahui seorang yang setia kepada Mahathir (public enemy Khairy no 1) sejak zaman berzaman. Bila Kadir memujinya ke tahap itu, sudah tentulah pujian itu dengan mendapat restu Mahathir terlebih dahulu.

Bukti kenyataan di atas memang tak ada tapi dalam keadaan Mahathir dan Kadir bertali arus menyerang kredibiliti Najib menggunakan blog masing-masing sekarang, kebarangkalian itu tak boleh diketepikan.

Apa pun, apa juga maksud di sebalik tulisan terbaru Kadir ini tidak penting, yang penting, marilah kita semua ramai - ramai menilai, apakah masuk akal seorang yang dilihat gagal mengetuai satu kementerian seperti Khairy (setakat ini), boleh menjadi orang nombor dua dengan begitu mudah?

Dua temasya sukan utama dunia, Sukan Asia dan Sukan Komanwel memperlihatkan kegagalan Kementerian yang diterajui Khairy mencapai sasaran pingat yang ditetapkan walaupun ia lebih rendah dari pencapaian 4 tahun dulu. 

Kalau Kadir (atau Mahathir) melihat kejayaan Khairy memenangi kerusi Ketua Pemuda dalam pemilihan lepas (hampir tanpa dicabar) sebagai justifikasi, maka mungkin Kadir sengaja menurunkan tarafnya dalam membaca politik UMNO kerana gagal melihat kejayaan itu bukan kerana kehebatan luar biasa Khairy, tapi kerana faktor - faktor lain seperti lawan yang tidak ada kredebiliti dan 'kredebimoney' yang setaraf untuk menyaingi Khairy.

Yang mana kalau diberi pilihan 'kredebi' kedua itulah yang paling paling penting sekali.

Sehingga di akhirnya, mana-mana pemerhati politik pun akan melihat Kadir (atau Mahathir) sebetulnya bukanlah betul - betul mahu Khairy menjadi Timbalan Perdana Menteri pun tapi lebih kepada memberi amaran agar Najib tidak terlalu bergantung kepada Khairy untuk mendapatkan sokongan orang muda. Bimbang kalau itu dibenarkan, akan muncul Anwar nombor dua dan Kadir (atau Mahathir) sudah tentu tidak mahu melihat itu dari berlaku.

Lagipun, dengan sejarah bapa mertua ditumbangkan dulu - antara lain kerana gerakan penentangan yang diketuai Mahathir, Khairy mungkin boleh menjadi lebih 'ganas' terhadap Mahathir dan legasinya dari Anwar pun kalau dia benar - benar menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti mana yang dibayangkan Kadir di dalam Blog nya.

No comments:

Post a Comment