KEJADIAN polis dan wartawan dibaling dengan telur oleh penyokong Anwar Ibrahim di hadapan Istana Keadilan sebentar tadi membuktikan bahawa mereka memang sengaja berniat mahu mencetuskan provokasi ke atas pasukan keselamatan.
Senang nanti bila polis bertindak, gambar-gambar dari sudut tertentu diambil untuk membuktikan berlakunya keganasan polis.
Dengan niat ini bermaksud, apa lagi tujuan bawa telur siap-siap datang ke Mahkamah kalau bukan sebab nak buat kecoh?
Telur bukan macam bunga atau pokok yang tumbuh tepi jalan dan kemudian dipetik sebelum dibaling kepada pihak polis!!
Pemilihan telur ini pun menarik juga. Macam banyak duitlah kira ni baling telur. Telur bukan murah tau sekarang, sebijik RM 0.20, itu mentah. Kalau digoreng antara RM 0.80 hingga RM 1.20 sebiji harganya.
Tapi penyokong Anwar buat baling polis je tu, kira melampau banyak duitlah.
Jadi yang selama hari ini melaung-laung kenaikan kos sara hidup tu rupanya retorik sajalah, bukan betul-betul terjadi pun. Padanlah himpunan bantah kenaikan kos sara hidup ini kurang dapat sambutan, hanya digambarkan macam dapat sambutan sebab semuanya dirancang.
Apa pun, kebijakan polis bersabar dengan provokasi kera-kera yang Anwar bayar ini memang disanjung tinggi dan penulis ucapkan berbanyak tahniah. Harap pihak polis tidak makan langsung dengan provokasi sehingga dibuktikan bahawa kera-kera itu yang mulakan dulu.
No comments:
Post a Comment