Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan cukai warisan yang dicadangkan Pakatan pembangkang untuk menggantikan GST ini hanya diunjurkan mampu memberi pulangan sebanyak RM 3.5 billion sahaja kepada negara dalam tahun pertama perlaksanaanya.
Fakta ini didapati dalam sidang media pembentangan bajet bayangan 2015 Pakatan pembangkang Khamis lepas.
Sedangkan sistem GST yang akan dilaksanakan pada April 2015 dijangka oleh Dekan Universiti Sains & Teknologi Malaysia (MUST), Dr. Yeah Kim Leng mampu memberi pulangan antara RM 18 billion - RM 20 billion kepada negara.
Dalam masa yang sama, pembangkang nak menekan kewangan negara ini dengan pelbagai kenaikan subsidi yang membawa kepada penurukan harga minyak dan sebagainya, hasil kutipan cukai negara ini diturunkan berkali-kali ganda rendah jumlahnya dengan menghapuskan GST untuk digantikan dengan 2 jenis cukai ini.
Justeru mencetuskan persoalan, dimana kerajaan nak memperoleh wang untuk menguruskan negara ini kalau Pakatan memerintah?
Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang digantikan dengan GST ini saja pun berjaya mengutip sebnayak RM 16 billion pada tahun 2013. Kalau Pakatan anti dengan GST sangat, tapi apahalnya pulak gantikan sistem tersebut dengan cukai yang kutip tak berapa sen jumlahnya?
Lagipun CGT ini bergantung kepada jumlah orang-orang kaya, lebih ramai orang kaya, lebih banyaklah kutipannya. Adakah jumlah orang kaya di Malaysia ini sudah begitu ramai sehingga banyak cukai boleh dikutip untuk menampung kehilangan hasil dengan pembatalan GST?
Cukai warisan yang dicadangkan dalam bajet Pakatan ini pun tak masuk akal juga sebab ia memerlukan seorang hartawan meninggal dunia terlebih dahulu sebelum kutipan cukai boleh dibuat dari proses pewarisan harta.
Apa kata kalau dalam satu tahun itu tidak ada hartawan yang meninggal dunia, apakah Pakatan nak menghantar skuad pembunuh untuk memastikan kerajaan dapat mengutip cukai dari harta yang diwariskan kemudiannya?
Pendek kata, bajet bayangan pembangkang ini benar-benar seperti namanya - bayangan, tidak praktikal langsung.
No comments:
Post a Comment