Kerajaan negeri Selangor sehingga sekarang masih mengharamkan apa-apa papan tanda yang mempunyai lambang 1Malaysia di dalamnya kerana beranggapan slogan itu adalah satu kempen politik walaupun hakikatnya tidak.
Maka itu, bila program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di putarkan di sebuah stesen radio milik pihak swasta, ia juga sepatutnya dilihat sebagai bukan satu iklan tapi satu kempen politik.
Hakikatnya, majoriti program dibawah MES ini bukan baru tapi adalah sebahagian dari janji pembangkang dalam manifesto pilihanraya umum sejak 2008. Antaranya pemberian air percuma 20m3, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan lain-lain.
Wakil-wakil rakyat Pakatan dan kerajaan Selangor sendiri gagal menerangkan manfaat MES ini kepada rakyat di kawasan mereka dan dengan itu menggunakan radio awam untuk menyebarkan maklumat tersebut sedangkan MES ini hanya berkuatkuasa di Selangor tapi kempen radio itu di dengar orang di seluruh negara.
Naik jelak pun ada sebab selain tak berkaitan dengan rakyat negeri lain, kita tahu bukan semua rakyat Selangor mendapat 'manfaat' dibawah MES. Contoh air percuma 20m3, yang duduk rumah pangsa/meter pukal tak merasa.
Kerajaan dan kementerian berkenaan perlu campur tangan dengan tidak membenarkan radio awam digunakan sebagai medium politik pembangkang untuk berkempen dan menyebarkan propaganda mereka.
Jangan kata kerajaan tidak boleh menghalang stesen radio swasta ini dari terus menyiarkan kempen politik tersebut kerana sebelum ini, program seorang penceramah pro pembangkang di sebuah stesen TV berbayar mampu dihentikan.
Kenapa yang itu boleh, yang ini tidak boleh?
No comments:
Post a Comment