Friday, October 10, 2014

Kadir, Mahathir Dulu Tak Naik MAS Pun


ISU penggunaan pesawat rasmi kerajaan oleh Perdana Menteri dan isterinya ini sebetulnya bukanlah isu baru.  Kalau tak silap, sejak zaman Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lagi isu ini dah hebat diperkatakan orang.

Memang ada pro dan kontra sepanjang menjawab isu tersebut tapi satu yang pasti, perkara itu tidaklah menjadi kesalahan kerana sudah diputuskan oleh Kabinet sejak zaman berzaman (bukan benda baru).

Sebab itulah majoriti Perdana Menteri kita mutakhir ini (terutama sejak zaman Tun Mahathir Mohamad), tidak ada yang menggunakan pesawat awam untuk menjalankan tugas di luar negara, semuanya guna pesawat rasmi kerajaan.

Tak dengar sesiapa memekak pun waktu itu, mungkin sebab ada ISA agaknya.

Mutakhir ini pun persoalan sama sudah dibangkitkan beberapa kali oleh pemimpin pembangkang, majoritnya tentang kos dan kelayakan.  

Semua itu bagaimanapun sudah dijawab kerajaan, soal nak puas hati atau tidak dengan jawapan tersebut, itu bukan masalah kita.  Yang nyata kalau ada salah guna kuasa, lapor pada pihak yang berkenaan supaya tindakan dapat diambil.

Tapi tak pulak dengar apa-apa.

Begitupun, perbandingan dengan pesawat VVIP yang digunakan Ratu England sana dengan pesawat VVIP yang digunakan Perdana Menteri kita disini, yang ini baru pertama kali kita dengar.

Kita mungkin tak sebijak dengan batang tubuh yang membangkitkan perkara ini, Datuk A Kadir Jasin, tapi budak-budak sekolah pun tahu kerja sebagai Ratu England, dan kerja sebagai Perdana Menteri ni lain.

Kenapa nak disamakan, ini yang jadi susah nak menjawab ni.

Jumlah pesawat VVIP Ratu England (satu) dengan pesawat VVIP negara kita (9),juga tak sepatutnya dijadikan isu.  England itulah satu Ratunya pun, kita disini ada 8 Raja/Sultan/Yamtuan/Agung yang ada keistimewaan sama untuk guna pesawat rasmi negara.

Maka itu jumlah pesawat sedia ada, dikirakan munasabah dengan jumlah yang layak menggunakannya.

Nak kata Perdana Menteri dan isteri bermewah-mewah dengan harta kerajaan, tang mana?  Setakat kenapa guna jet A, kenapa tak guna jet B, itupun bukan isu sebab semua itu diatur kesesuaian perjalananlah dan keberadaan (availability) pesawat.

Takkan nak hadir mesyuarat PBB nun di New York sana, nak naik helikopter kot, tahun bila nak sampai?  Begitulah.perumpamaannya.

Jadi senang cakap, perkara ini takda isu apa pun, setakat kita rasa Kadir nak menyakitkan hati pihak-pihak yang berkenaan sajalah.  Kebetulan ada pulak pemimpin pembangkang yang bangkitkan persoalan sama, ambil kesempatanlah apa lagi, taklah nampak teruk sangat.

Begitupun, dalam nak meluahkan perasaan yang terbuku tu, janganlah sampai melukakan hati waris keluarga pesawat MH370  dengan menjadikan kehilangan pesawat tersebut sebagai bahan jenaka.  

Memang ada teknologi yang membolehkan orang awam mengesan pesawat yang sedang terbang, tapi kita semua tahu dan Kadir pun patut tahu, MH370 mana terbang lagi dah, sebab tu tak dapat kesan!!  Tolong cerdik sikit.

No comments:

Post a Comment