Thursday, October 9, 2014

Menjawab Tun M Siri 2: 'Padang' 2008 & 'Padang' 2013 Lain


Maaf cakap, Tun Dr Mahathir sebenarnya silap bila membandingkan keputusan pilihanraya 2008 dan 2013 sebagai penanda aras untuk mengatakan prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih buruk dari Tun Abdullah Badawi (Paklah).

Sebelum PRU tahun 2008, pembangkang hanya mempunyai satu kerajaan negeri yang mereka perintah (itupun antara paling miskin di Malaysia) sedangkan dalam tahun 2013, mereka memerintah 2 negeri antara terkaya di Malaysia, Pulau Pinang dan Selangor selain Kedah dan Kelantan.

Itupun nasib baik ada perubahan di Perak dalam tahun 2009, kalau tidak mungkin lebih mencabar lagi keadaannya.

Maka itu tidak hairanlah kenapa ramai yang melihat persaingan dalam PRU13 bukan penentuan antara mendapatkan semula majoriti 2/3 (seperti mana harapan Mahathir) tapi untuk mengelakkan dari kalah buat pertama kali sejak merdeka!!

Penguasaan pembangkang di dua negeri itu sahaja (Pulau Pinang & Selangor) memberikan mereka banyak kelebihan untuk menguatkan sokongan terhadap parti masing-masing.  Seperti mana biasa, semua projek-projek kerajaan negeri sudah tentu diserahkan kepada kroni masing-masing, takkan nak bagi pada syarikat yang ada kaitan dengan BN pulak.

Faktor ini menjadikan pembangkang bertambah kuat dan mengukuhkan kedudukan di beberapa tempat, tak sebut lagi sentimen perkauaman dan agama yang mereka mainkan secara langsung atau tidak sepanjang tempoh tersebut (2008-2013).

Selain itu, PRU 2008 juga menyaksikan BN menang di 7 kerusi parlimen secara percuma, berbanding 2013 dimana semua kerusi ada pertandingan.

Maka itulah, dengan mengambil kira semua faktor di atas, Najib sebenarnya harus dipuji kerana berjaya mengekalkan BN sebagai kerajaan dalam PRU13 walaupun dengan hanya majoriti mudah dan kerusi parlimen yang sedikit rendah dari 2008.

No comments:

Post a Comment