Kejayaan Tun Dr. Mahathir meraih 2/3 majoriti dalam pilihanraya umum sepanjang 22 tahun kariernya sebagai Perdana Menteri Malaysia, tidak boleh dianggap bukti bahawa orang Melayu sentiasa berada di belakang beliau.
Orang Melayu memang dibelakang Mahathir tapi bukan kekal tinggi pada setiap masa seperti yang dipercayai pemuja-pemujanya seperti Kadir Jasin dan lain-lain.
Hakikatnya sokongan Melayu kepada Mahathir setakat cukup untuk memberikan BN majoriti mudah dalam parlimen, sementara sokongan Cinalah yang mengekalkan majoriti 2/3 selama 22 tahun.
Buktinya ialah melihat kepada kemorosotan sokongan Melayu terhadap UMNO/BN dalam pilihanraya umum 1990 dan pilihanraya umum 1999 dimana pada waktu itu undi Melayu berpecah akibat dari penubuhan parti Semangat 46 dan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Selain kehilangan Kelantan pada tahun 1990, BN kalah di kesemua kerusi DUN dan Parlimen. Kelantan adalah sebuah negeri majoriti Melayu.
Begitu juga dalam PRU 1999. Dalam banyak kenyataan, Mahathir sendiri mengakui bahawa sokongan cinalah yang menyelamatkan BN pada tahun 1999. BN pada tahun tersebut kehilangan Terengganu, dengan Kelantan kekal dibawah pentadbiran PAS dengan pembangkang mencatatkan pertambahan jumlah kerusi parlimen hampir 200%.
Sebagai perbandingan, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berjaya mengembalikan semula sokongan Melayu yang banyak terlepas dalam pilihanraya umum 2008.
Buktinya, dua negeri majoriti Melayu yang dirampas dalam tahun tersebut, Perak dan Kedah, berjaya dikembalikan. Sementara UMNO menambah 9 kerusi parlimen dan lebih 30 kerusi DUN yang dulunya terlepas.
Cuma Najib tidak berjaya mengembalikan semula majoriti 2/3 kerana undi masyarakat cina merosot teruk ke tahap 3%-5% sahaja seperti dibuktikan dari kekalahan besar BN di Pulau Pinang - negeri majoriti cina.
MCA sahaja tinggal 7 kerusi parlimen dari 14 kerusi pada tahun 2008.
MCA sahaja tinggal 7 kerusi parlimen dari 14 kerusi pada tahun 2008.
Selain sentimen perkauman yang dimainkan pembangkang, punca lain adalah kegagalan parti-parti komponen BN yang berasaskan kaum cina untuk bersaing dengan DAP.
Maka itu, dalam menghadapi perhimpunan agung UMNO November depan, orang Melayu perlu mengekalkan sokongan lebih besar mereka terhadap Najib kerana hanya itu sahaja yang menjadi garis pemisah antara Melayu sebagai Perdana Menteri dan bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.
Agenda peribadi bekas pemimpin tertentu yang sanggup melihat UMNO lemah semata-mata untuk membuktikan dia betul, perlulah ditolak sama sekali.
Sampai masanya kita menerima hakikat bahawa dunia sudah berubah dan Najib serta UMNO juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Pemikiran lama masih relevan tapi bukan dalam semua perkara.
No comments:
Post a Comment