Monday, October 20, 2014

Mampukah Jokowi Mengubah Persepsi Rakyat Indonesia Terhadap Malaysia?


Pasang surut hubungan Malaysia-Indonesia bukan perkara.  Dua negara ini pernah 'berperang' secara tidak rasmi sewaktu era konfrantasi, tegang kerana isu-isu kecil seperti tajuk lagu, nyaris berlaku konflik ketenteraan di Ambalat dan sebagainya.

Tapi dalam pada itu, berduyun-duyun juga orang Indonesia yang masuk ke negara ini untuk bekerja - sama ada secara haram atau secara sah, yang pandai cakap Kelantan pun ramai.

Justeru, apakah perlantikan Joko Widodo (Jokowi) sebagai Presiden baru Indonesia hari ini akan membawa hubungan Malaysia-Indonesia ke satu tahap lain yang lebih baik, lebih teruk atau sama saja keadaannya tidak berubah?

Terutama dalam mengubah persepsi rakyat Indonesia yang rata-rata tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia, disebalik saiznya yang berkali ganda lebih kecil dari Indonesia, lebih maju dan teratur dari segala segi berbanding negara tersebut.

Walaupun Presiden terdahulu, Bambang Yudhiyono telah meletakkan Indonesia pada satu tahap yang agak baik terutama dari segi ekonomi, tapi hanya segelintir tempat seperti Jakarta sahaja yang menerima nikmat tersebut, bandar-bandar besar Indonesia yang lain masih tidak banyak berubah.

Paling utama, Jokowi perlu mengubah Indonesia dari sebuah negara pengeksport tenaga kerja kepada negara yang mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup untuk rakyatnya dan kalau mengeksport pekerja sekalipun, pekerja professional dan berkemahiran tinggi.

Ini penting kerana kekeruhan hubungan Malaysia-Indonesia banyak disumbangkan oleh faktor ini walaupun dalam masa yang sama, tidak dinafikan ada juga isu-isu lain seperti pertelingkahan sempadan maritim umpamanya.

Cuma kita harap, kenaikan harga minyak sebanyak 50% yang dijanjikan Jokowi sebaik berkuasa nanti, tidak menjadikan Indonesia negara terbaru dimana kita perlu berhadapan dengan isu penyeludupan bahan bersubsidi tersebut terutama di kawasan sempadan seperti Kalimantan dan Sarawak.

Yang ada sekarang (Thailand dan Singapura) pun dah tak terjaga, tambah Indonesia pulak lagi.

No comments:

Post a Comment