Saturday, October 25, 2014

Kenapa Laluan Jitra-Bukit Kayu Hitam (Kubang Pasu) Takde Tol?

Projek Lebuhraya Utara Selata (PLUS) sepanjang 772 km menghubungkan Johor Bahru dan Bukit Kayu Hitam, adalah antara mercu tanda kejayaan dasar penswastaan yang dipelopori bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Nak cerita secara 'detail' dasar penswastaan ini agak panjang tapi ringkasannya, kerajaan menyerahkan kepada pihak swasta untuk mengambil alih pembinaan lebuhraya dan sebagai ganti, mereka dibenarkan untuk mengutip tol.

Cara mana nak biaya projek tersebut, pandai merekalah, kerajaan tak campur tangan.  Keadaan ini dikenali sebagai konsesi.


Maka itulah kita lihat hari ini, syarikat penerima konsesi, boleh mengutip tol, tidak terkecuali lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS,

Tapi tahukah kita, bukan semua dari 772 km lebuhraya PLUS itu yang dikenakan tol.  Laluan antara Jitra hingga Bukit Kayu Hitam, meliputi kawasan parlimen Kubang Pasu di Kedah sepanjang 26km, tidak dikenakan tol walaupun sebahagian dari lebuhraya PLUS.

Kenapa?

Walaupun laluan dari Juru-Sg Dua pun tidak dikenakan tol, tapi laluan itu terhad dan lebih kepada laluan  transit kerana sebahagian kecil lebuhraya masuk kawasan jalan negeri, berbanding dengan laluan di Kubang Pasu.

Orang duduk situ sukalah takde tol, mudah pada mereka, tapi bagi pengguna lebuhraya lain yang nak ke Bukit Kayu Hitam, sudah tentu keliru dengan keadaan tersebut kerana secara tiba-tiba jalan bandar dan kampung yang bersimpang siur keadaannya muncul di tengah-tengah lebuh raya!!

Sehinggakan, ada beberapa kejadian kemalangan berlaku disebabkan kekeliruan tersebut.

Persoalannya, bagaimana ini boleh terjadi?  Adakah ia sengaja dibuat begitu untuk memastikan bekas ahli parlimennya (yang juga bekas Perdana Menteri) boleh menang dengan selesa dalam setiap pilihanraya?  

Takut kalau dipagar dan dikenakan tol, pengundi di kawasan itu akan lari menyokong pembangkang?

Jadi kita minta kepada individu yang berkenaan menjelaskan, betul atau tidak 'aturan' seperti itu dibuat untuk menambah kelebihan kepadanya sewaktu dia berkuasa?  Padanlah boleh menang di kawasan itu berpenggal-penggal, rupanya ada kelebihan yang orang lain tak dapat.

No comments:

Post a Comment