Tuesday, August 30, 2016

RM 4 Billion: Muhyiddin Perlu Berhenti Bercakap, Tunjuk Bukti Kalau Ada


Muhyiddin Yassin hendaklah berhenti membuat tuduhan tidak berasas ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.  Ini merujuk kepada dakwaan terbarunya konon RM 4 billion sudah sedia ada dalam akaun dibawah nama Najib seperti ditunjukkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, Ghani masih tidak memberikan sebarang respon kepada dakwaan tersebut.  Mahathir juga beberapa hari yang lepas, menuduh Ghani sebagai salah seorang dari 3 Tan Sri yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Najib.


Tapi kita bagi mudah cerita sajalah.  Muhyiddin perlu berhenti mengeluarkan tuduhan yang sebegini dan menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan dengan buktinya sekali.  Kalau pun bukti itu berada di tangan Ghani, dia boleh buat laporan dan SPRM akan mendapatkannya dari Ghani.


Itu kalau betul Ghani yang tunjuk seperti mana didakwa Muhyiddin.

Lain dari itu, elok diam sajalah Muhyiddin ooi.  Cakap kosong takde bukti ni bukan sebahagian ajaran agama pun dimana sebagai anak ustaz, Muhyiddin patut lebih tahu dari itu atau buat cemar nama bapak saja.

1 comment:

  1. Najib pun boleh saman Muyidin jika dakwaan tu tak benar, kerana ia bertujuan memfitnah dan memburukkan PM supaya rakyat membenci PM.

    ReplyDelete