Tuesday, August 23, 2016

Beranikah Mukhriz Sahut Cabaran Untuk Bersumpah?



Bekas Pegawai Khas, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar agar bekas menteri besar Kedah itu bersumpah dengan al-Quran bagi membuktikan beliau tidak rakus untuk menjadi Perdana Menteri secara pantas.

Haris Che Mat melalui satu kenyataan baru-baru ini menggesa Mukhriz tampil untuk menjawab isu yang dibangkitkan sebelum ini.

 Katanya Mukhriz merancang untuk menjadi Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti dua tahun lalu, dan kemudian bertanding timbalan presiden pada 2018.

“Saya cabar beliau bersumpah kalau tiada keingingan nak jadi Perdana Menteri secara ‘fast-track’”, katanya menurut laporan itu.

Harris turut menjelaskan pernah menggesa Mukhriz agar segera menghentikan gerakan Selamatkan Malaysia, yang dilancar tahun lalu oleh bapanya untuk menjatuhkan presiden Umno dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun seperti biasa, Muhkriz hanya mampu mengambil pendekatan diam dengan seribu bahasa dan mengelak untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan itu.

Mukhriz, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah dan disingkir daripada Majlis Tertinggi Umno dan parti itu dua bulan lalu.

Beliau kini merupakan naib presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mahu menamatkan pegangan BN keatas Kerajaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment