Berdasarkan prestasi semasa, paling tidak pasukan negara dalam edisi Olimpik 2016 di Rio ini sahaja akan membawa pulang 2 pingat perak, tanpa mengambil kira warna pingat yang bakal dibawa pulang harapan perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei.
Pun begitu, pencapaian sekurang-kurangnya 2 pingat Perak dari acara badminton Sukan Olimpik ini (kalau tak bertukar menjadi Emas) adalah pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan negara di kejohanan tersebut.
Tidak boleh tidak, pujian harus diberikan kepada Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun hanya bergerak di belakang tabir, bukan rahsia Rosmah adalah seorang yang tegas dan tidak boleh dibuat main. Seperti mana program Permata Negara dimana Rosmah juga adalah penaungnya, sedar tak sedar, beribu kanak-kanak, terutama dari keluarga miskin mendapat pendidikan peringkat pra-sekolah berkualiti secara percuma.
Ibu bapa berpendapatan rendah juga tidak perlu rungsing kerana program ini turut menyediakan antara lain perkhidmatan nursery anak-anak kepada ibu bapa yang bekerja.
Tapi siapa yang nampak sumbangan Rosmah ini? Itulah sebenarnya Rosmah yang jarang kita ketahui, beliau berjasa tapi tidak mahu menunjukkannya. Samalah juga halnya dalam soal sukan Badminton ini.
Sedarkah kita BAM adalah antara segelintir persatuan sukan yang paling kurang kontroversi dan politiking? Dengan itu pemain badminton boleh fokus kepada melakar kejayaan untuk negara dari menjadi mangsa kepada politik persatuan sukan.
Kehadiran Rosmah, selain memberi semangat kepada pemain, turut mampu menyemarakkan semangat penyokong sukan badminton tempatan kerana beliau dilihat mewakili suaminya yang juga pemimpin nombor satu negara kita.
Tak hairan dibawah naungan Rosmah, BAM melakar kejayaan jauh lebih baik dari Hasmah jauh lebih lama menjadi penaung BAM ketika Mahathir jadi Perdana Menteri selama 22 tahun dulu. Untuk Olimpik ini saja, sudah 3 pingat Perak dicapai pemain badminton kita, sedangkan berpuluh tahun dinaungi bawah Hasmah, hanya 1 perak dan 2 gangsa Olimpik yang berjaya diraih.
Jelaslah Rosmah jauh lebih baik dan berwibawa dari Hasmah yang hanya mengikut saja apa yang dibuat lakinya Mahathir - tak kisahlah salah atau betul di mata rakyat.
No comments:
Post a Comment