Tuesday, August 23, 2016

Hina Islam Bukan Satu Kesalahan Jenayah - Marina Mahathir



Anak kepada bekas perdana menteri, Marina Mahathir mendakwa tindakan penyanyi rapper kontoversi, Namewee yang menghina Islam bukan merupakan satu kesalahan jenayah.

Marina melalui satu kenyatan hari ini turut menyifatkan menyifatkan tindakan polis menahan Namewee sebagai melampau kerana ingin memuaskan hati umat Islam yang tersinggung dengan tindakan artis tersebut.


“Kita tidak boleh terus tunduk kepada orang-orang yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka yang tersinggung. Saya rasa agak tersinggung bila mereka tersinggung,” katanya secara berjenaka.

Beliau yang juga merupakan aktivis hak asasi manusia mempertahankan tindakan Namewee yang secara jelas menghina Islam apabila merakamkan aksi mereka menyanyi dan menari dalam sebuah masjid di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Marina berpandangan sepatutnya pihak polis tidak perlu sampai ke tahap mengambil tindakan menangkap Namewee.

“Ia tidak sepatutnya diperlakukan begitu. Pihak berkuasa perlu melihat video dengan betul dan mengetahui apa yang undang-undang yang diingkari.

“Hanya kerana orang (umat Islam) yang tersinggung, ia tidak bermakna bahawa ia adalah satu jenayah,” katanya lagi.

Marina sebelum ini pernah mengundang kontroversi apabila mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Kristian selain turut mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas kitab Bible berbahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah.

No comments:

Post a Comment