Ketika Ibrahim Ali menubuhkan Perkasa pada 2008, inisiatif itu diambil kerana dia berasakan UMNO selepas kekalahan besar PRU 2008, gagal membela nasib orang Melayu dan terlalu bergantung kepada undi orang bukan Melayu.
Dalam erti kata lain, Perkasa nak menggantikan fungsi UMNO.
Oleh yang demikian, bila parti Pribumi yang di presidenkan Muhyiddin ini dikatakan sama dengan Perkasa, sebenarnya ia bukan Perkasa, sebaliknya UMNO sebab Perkasa pun meniru UMNO jugak!!
Maka tak hairanlah bila parti baru ini pun tak banyak lari dari UMNO. Ada perkataan bersatunya, ada perkataan pribuminya (Melayu lah tu) selain keahlian pun dihadkan kepada Melayu dan bumiputera.
Orang bukan Melayu kalau nak jadi ahli parti ni, kena jadi ahli second class yang digelar ahli Bersekutu.
Itu sajalah yang berbeza (ahli bersekutu), lain dari itu semuanya sama dengan UMNO. Menunjukkan Mahathir boleh keluar dari UMNO tapi UMNO tak keluar juga dari kepala Mahathir sampai nak tubuh parti baru pun masih ikut UMNO jugak.
No comments:
Post a Comment