Sunday, August 21, 2016

Mungkin Mati Celik, Harapan Satu Lawan Satu Nampak Tak Jadi Kenyataan


Kerusi Parlimen di Malaysia ada 222 sahaja sejak 2004, sementara kerusi DUN pulak 505 - tak termasuk di Sarawak dan pertambahan 13 kerusi lagi yang bakal berlaku di Sabah.  

Maksud dah 3 penggal macam itu tak berubah.  Setiap parti politik 'senior' di negara ini dah terbiasa dengannya.  Sebut saja kawasan mana dah tahu siapa tanding, kok ada berubah pun sana sikit, sini sikit, majoritinya masih sama.

Tapi masuk pulak parti Pribumi ini, nampak macam bodoh sikit.  Senang-senang dia kata nak bertanding di kerusi tradisi yang PKR dan PAS dah berkurun bertanding.  Mudah sungguh dia buat kenyataan semacam itu, tanpa kehadiran pihak yang dia nak ambil alih kerusinya ni - PAS dan PKR.

Apa yang istimewa sangat dengan parti ni sampai begitu yakin PKR dan PAS akan bertolak ansur dengan dia dalam soal pembahagian kerusi?  Anwar pun tak boleh buat berbelas tahun dah, Mahathir pulak lagi.

Mahathir memang diketahui memasang impian nak wujudkan pertandingan satu lawan satu antaranya parti-parti pembangkang (termasuk parti Pribuminya) dengan BN.


Contoh dalam PRU13, ada 1 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN dimana PAS dan PKR bertanding sesama sendiri.  Dalam PRN Sarawak pun begitu, PKR lawan DAP, PAS lawan DAP, PAS lawan PKR dan sebagainya.

Yang takde PAN lawan DAP sebab semua orang tahu itu parti balaci.

Justeru penulis anggap in kenyataan orang mabuk dan tidak hidup atas realiti.  Dia sebenarnya kecil, tapi nak tunjuk macam besar sangat.  Takut ada yang mati celik saja nanti sebab hajat tak sampai.

No comments:

Post a Comment