Ada sebab kenapa kerajaan menubuhkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dulu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sekarang. Selain diperuntukkan undang-undang, semua kakitangan mereka adalah yang terlatih serta diberi kuasa dalam menguatkuasakan undang-undang rasuah.
Pihak yang lain, tugas mereka jika tahu atau diberi bukti mengenai perlakuan rasuah, perlulah memaklumkan kepada SPRM supaya tindakan lanjut dapat diambil.
Jadi dalam hal Menteri Sukan mendapat bukti mengenai salah laku rasuah dan apa benda penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam FAM ini, dia perlulah menyerahkan semua bukti tersebut SPRM supaya tindakan lanjut dapat diambil.
Bukan cuba menjadi hero dengan menyiasat sendiri.
Jika ini kementerian atau Menteri yang lain, usaha nak menyiasat sendiri ni terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada SPRM, perlulah disokong dan dialu-alukan.
Tapi sekarang ni Kementerian Sukan!! Kementerian itu sendiri pun terpalit skandal rasuah RM 100 juta sehingga menjadi sindiran pemain JDT, Safee Sahli. Sekarang Menteri Sukan nak jadi penyiasat rasuah pulak?
Bakal menjadi bahan ketawa rakyat saja kalau Menteri Sukan cuba menyiasat hal berkenaan FAM ni. Sebelum itu berlaku (rakyat gelak), elok minta SPRM masuk campur cepat.
Lagipun, kalau cerdik sangat, siasat dululah skandal RM 100 juta dalam Kementerian Sukan tu dulu. Berjaya yang itu, baru siasat penyelewengan yang didakwa berlaku dalam FAM tersebut.
No comments:
Post a Comment