Thursday, August 25, 2016

Bangsa Johor: Muhyiddin Sokong Sultan Atau Mahathir?



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini membidas keras kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara lancang mengkritik kongsep 'bangsa Johor' semalam.

Baginda hari ini menyifatkan Mahathir sebagai tidak tahu dengan sejarah Johor apabila mendakwa konsep tersebut berkenaan boleh meruntuhkan perpaduan rakyat.


Sultan Ibrahim pada Rabu bertitah, Mahathir sebagai orang yang paling tidak layak untuk bercakap soal perpaduan.

“Beliau memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu... beliau hanya menimbulkan masalah, maka saya menasihatkan beliau supaya tutup mulut.

“Beliau bertelagah dengan ramai pemimpin dunia termasuk dengan negeri jiran kita Singapura dan ia memberi kesan kepada Malaysia dan merupakan punca kepada masalah di negara ini," titah baginda.

Mahathir yang juga merupakan Penasihat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam, mempertikaikan konsep Bangsa Johor pada sesi Wacana Perdana Ke-20 di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Menurutnya perpaduan di kalangan rakyat Malaysia boleh diruntuhkan sekiranya rakyat lebih banyak mengamalkan konsep kenegerian.

Sehingga kini Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung polemik yang dibangkitkan itu.

Apakah Muhyiddin menyokong titah Sultan Johor itu atau memilih untuk akur dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Mahathir.

No comments:

Post a Comment