Pencapaian Olimpik Rio 2016 dimana begitu banyak kejayaan yang telah dan akan diraih, membuka mata rakyat bagaimana majunya bidang sukan di negara kita sejak Datuk Seri Najib mengambil alih.
Belum pernah berlaku dimana negara meraih banyak kejayaan yang menghasilkan pingat seperti
sekarang. Kalau dulu semua tumpuan
pingat bergantung semata-mata kepada Badminton, sekarang, sukan lumba basikal
dan terjun pun sudah mampu menghasilkan pingat untuk negara.
Maka tak hairan lah kenapa ada yang cuba menafikan
kejayaan Najib ini dengan mendakwa slogan 'Malaysia Boleh' yang menjadi motivasi
kepada ahli sukan di negara ini, adalah dicipta oleh bekas ahli UMNO, Mahathir
Mohamad.
Tanggapan ini
sebenarnya salah.
Slogan Malaysia
Boleh sebenarnya berasal dari lagu 'Fikirkan Boleh' oleh kumpulan Metropolitan
pada tahun 1991. Lagu ini kemudiannya dijadikan lagu motivasi oleh
Presiden Persatuan Badminton Malaysia pada ketika itu, Datuk (kini Tan Sri)
Elyas Omar untuk skuad Piala Thomas 1992.
Badminton hanya mula dipertandingkan pada Olimpik 1992 di Barcelona - beberapa bulan selepas kempen piala Thomas 1992 berakhir. Sebelum pingat Olimpik, Piala Thomas adalah gelaran paling berprestij untuk sukan tersebut
Diringkaskan, kejayaan Malaysia
merangkul piala Thomas 1992, seterusnya menamatkan penantian selama 25 tahun
sebelum itu, telah mempopularkan lagu ini sehingga menjadi lagu wajib setiap
kali pasukan badminton bertanding selepas itu.
Lama kelamaan ia
menjadi popular untuk semua jenis sukan dan akhirnya menjadi slogan yang kita
semua kenal hari ini sebagai Malaysia Boleh.
Jadi kalau ada
yang patut dapat kredit, orang itu adalah Elyas Omar, bukan Mahathir. Tak
lupa, kumpulan Metropolitan yang menyanyikan lagu itu - bukan juga Mahathir.
Tapi perlu diakui,
ia berlaku di zamannya Mahathir menjadi Perdana Menteri, sama seperti insiden
Memali 1986, kegawatan ekonomi 1997 dan beberapa musibah lain yang Mahathir
malu nak mengaku sebagai pencetusnya.
Oo, yang baik-baik
semua ambik mengaku kau punya, yang buruk-buruk semua orang lain yang salah.
No comments:
Post a Comment