Ramai yang pelik dan hairan dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sehingga kini 'melarikan diri' dengan isu skandal dengan isteri kepada bekas timbalan
pendakwa raya Stanley Clement Augustin.
Sejak dikaitkan dengan Nika Gee Siew Ye, Muhyiddin masih enggan memberikan sebarang respon dan memilih untuk menutup mulut dengan isu tersebut.
Paling menarik, beliau turut enggan memberikan seberang komen apabila diminta mengulas mengenai perkara itu.
Malah NGO Jaringan Melayu
Malaysia (JMM) pernah menganjurkan forum 'Program Nothing to Hide 2.0' untuk memberi peluang kepada Muhyiddin membersihkan nama baiknya.
Walaupun pada mulanya bersetuju untuk hadir, namun di saat akhir Muhyiddin menarik diri tanpa memberikan sebarang alasan.
Sedangkan forum tersebut sepatutnya menjadi platform terbaik kepada Muhyiddin untuk
menjelaskan akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh oleh Stanley.
Melalui SD tersebut, Stanley mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin dan merasa amat kecewa dengan tindakan tidak bermaruah yang dilakukan oleh seorang bekas timbalan perdana menteri.
Stanley turut mendakwa isterinya itu sering mengadakan pertemuan sulit dengan Muhyiddin di luar
negara dan menerima pelbagai faedah termasuk dari
aspek kewangan.
Persoalannya mengapa sehingga hari ini Muhyiddin enggan memberikan sebarang komen terhadap tuduhan tersebut?
biasa lah...kita xleh jawab isu 1mdb, kite divert isu skandal ni...character assasination kan...tula...ehhhh..cam taktik yahudi jer...kata umno pejuang islam, pejuang melayu, anti yahudi tersohor seantaro dunia....pakai gak taktik yahudi?
ReplyDeleteCuba kurangkan makan dedak...mana tau kot2 bleh befikir dan insaf...
JMM taknak jemput najib jugak untuk jawab isu hadiah pak arab dan 1mdb ni ke? rasanya isu tu lebih memberi kesan kepada negara dan rakyat...pasal skandal muhyiddin nie tah la aku taktau pulak kesan apa yang negara dapat...
ReplyDelete