Monday, October 12, 2015

SOSMA: Sidang Media Mahathir Hanya Untuk Tunjuk 'Kekuatan' Sahaja


Ramai orang tertipu bila percaya sidang media Mahathir pagi ini adalah mengenai penahanan Khairudin Abu Hasan dan Mathias Chang - 2 balaci utamanya yang buat kerja bagi pihak dia dan kroni-kroninya.

Memang dari sekilas pandang ia adalah sidang media mengenai penahanan 2 ekor tersebut, tapi yang lebihnya ialah medan Mahathir nak tunjuk pasukannya barunya dalam usaha untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain muka muka lama seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Kuli dan Sanusi Joned, ada muka baru yang pertama kali muncul iaitu bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Kiat.  Setiap satu ini ada masalah masing-masing dan menyokong Mahathir sebagai platform menjadi 'pemberontak tanpa perlu menyokong pembangkang. 

Masalah orang macam Muhyiddin, Safie, Kuli dan Sanusi kita sudah lama tahu, ini semua cerita kecewa.  Ong Tee Kiat pun ada kekecewaan yang lebih kurang sama.  Rasa tidak puas hati terhadap Najib kerana tidak dipilih sebagai calon Parlimen Pandan dalam PRU13 yang lepas, masih berbaki.

Walhal Najib hanya menurut nama yang dicadangkan MCA, pada waktu itu dipimpin musuh ketat Tee Kiat, Chua Soi Lek.  Ini sesuai dengan konsep muafakat dalam BN tapi Tee Kiat nampaknya menyalahkan Najib 100% dalam soal tersebut.

Sebelum ini, seorang lagi bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik turut menyatakan kerjasama dengan Mahathir malah meminta Najib untuk meletakkan jawatan.  Tak mengapalah, siapa datang pun kita akan lawan.

Dengan pengaruh MCA berbanding DAP pun ibarat langit dengan bumi, maka kerelevanan bekas-bekas orang kuat parti tersebut dalam senario politik Malaysia, sudah tentu boleh dipertikaikan tapi orang orang macam inilah juga yang Mahathir nak guna balik.

No comments:

Post a Comment