Thursday, October 22, 2015

Pelabur Asing: Muhyiddin Patut Warnakan Rambutnya Kuning



Bodoh benarlah nampaknya bila seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, sentiasa duduk dihadapan dalam semua acara penting, bercakap perkara yang tidak benar antaranya pelabur asing lari dari Malaysia melihat perkembangan semasa dalam negara, 1MDB dan sebagainya.

Sedangkan The Global Competitiveness Report 2014-2015 menunjukkan Malaysia menduduki tangga 20 dari 144 negara di dunia!!

Pelabur asing lari macam manakah itu?

Mungkin Muhyiddin merujuk kepada satu situasi dimana pelabur diminta menjelaskan terlebih dahulu komisen yang besar kepada pihak-pihak tertentu (bukan dari kerajaan negeri) sebelum boleh mula melabur.

Itu hanya berlaku dii satu tempat itu saja, bukan di semua tempat dalam negara.  Di tempat lain, pelabur asing masing banyak di Malaysia dan jika mereka berpindah ke luar pun itu adalah kerana isu-isu seperti kos dan sebagainya, bukan ada kena mengena dengan 1MD mahupun situasi politik semasa.

Situasi politik negara hari ini dengan panas dingin panas dinginnya, antara lain disebabkan oleh orang macam Muhyiddin juga.  

Kenapa dia mesti nak jadi hamba setia kepada Mahathir bila ketuanya ialah Najib?  Jadi kalau benarlah kepercayaan Muhyiddin itu - pelabur lari kerana situasi politik dalam negara, maka dialah yang patut dipersalahkan.

Ahli UMNO patut bertanya, bagaimanakah kenyataan terbaru ini boleh membantu UMNO?  Muhyiddin selalu mendakwa dia hanya menderhaka kepada Najib, bukan kepada UMNO dan tidak akan merosakkan parti itu pada bila bila masa, sekarang ni apa?

Muhyiddin harus jawab.


1 comment:

  1. Pelabur asing lari dari melabur di Selangor ke N.Sembilan......air ...air...air...tak ada

    ReplyDelete