Wednesday, October 7, 2015

Kritikan Mahathir Kerana Mahu Lihat Mukhriz Jadi PM



Krisis di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan terus berpanjangan selagi Presiden Umno itu tidak disingkirkan daripada tampuk kuasa.

Menurut ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Yahya Sahri berkata, kritikan Mahathir itu bukan kerana kelemahan pentadbiran, tetapi bagi mengukuhkan kedudukan anaknya di dalam Umno.

“Tindakan Mahathir ini ibarat serampang dua mata dan ada kena mengena dengan kedudukan anaknya, Mukhriz, kerana Mahathir juga mahu anaknya menyambung legasi pentadbirannya.

“Saya yakin, sudah pasti Mahathir yang lantang mengkritik itu tidak akan duduk diam sehingga Najib dapat disingkirkan,” jelas Yahya.

Terdahulu, Mahathir mengkritik dasar dan tindakan Najib yang menurutnya tidak berkesan dan lebih lemah berbanding pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Mahathir sangat terdesak sekarang ni sehingga sanggup mempergunakan orang lain semata-mata untuk membalas dendam isu peribadinya kepada Najib.

Mahathir katanya dalam usaha untuk meracun pemikiran semua wakil rakyat untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib dan sememangnya itu bukan satu semangat politik yang baik untuk diterapkan.

“Gesaan tersebut kurang rasional, Dr Mahathir harus sedar bahawa apa yang dilakukan lebih kepada isu peribadi, bukan menjurus kepada masalah politik, salah laku dan sebagainya.

“Saya gesa supaya Ahli Parlimen Sabah dari Barisan Nasional (BN) menolak cadangan Tun Mahathir, kerana tindakan itu tidak melambangkan politik yang baik,” kata Bung.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berpendapat bahawa Mahathir sekarang ini kekurangan penyokong sehingga dia sanggup merosakkan kepercayaan rakyat Sabah untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri.

“Dr Mahathir harus sedar bahawa perkara ini (undi tidak percaya) tidak pernah berlaku di negara ini.

“Malah semasa beliau menjadi Perdana Menteri, ramai orang tidak puas hati dengan beliau tetapi perkara itu tidak pernah berlaku,” katanya lagi.

Bung turut menasihati Mahathir supaya menghentikan sandiwara murahan tersebut kerana rakyat sekarang ini semakin muak dengan drama kwibawaan kepimpinannya yang sudah lama berakhir itu. 

Sudah-sudah la tu, seeloknya rehat saja la kat rumah dari sibuk hal orang.

No comments:

Post a Comment