Kita fikir dalam ramai-ramai Menteri Kabinet yang Najib lantik, KJ ni mungkinlah yang paling cerdik sebab muda dan lulusan Oxford lagi.
Rupa-rupanya dialah yang paling bodoh, melihat kepada cadangannya semalam agar penonton bolasepak di Stadium, menulis nama dan nombor kad pengenalan mereka pada tiket untuk membenteras gejala samseng bolasepak.
Cadangan nampak ada akal tapi tidak praktikal.
Kalau betul nak dibuat pun, ini akan melambatkan penonton nak masuk ke Stadium. Tulis nama pada tiket satu hal, yang jaga tiket pun nak kena periksa dulu sama ada maklumat itu sama dengan kad pengenalan atau tidak.
Eh, mestilah nak sama, kalau tidak mana nak tahu siapa samseng dan siapa tidak? Belum sebut lagi periksa dengan pengkalan data ke senarai ke dimana nama-nama samseng itu didaftarkan.
Jika perlawanan itu antara pasukan yang memang tidak ramai penonton dengan pasukan yang juga tidak ramai penonton, tak apalah, kalau pasukan yang memang ramai penonton, pukul berapa nak siap?
Kebetulan peminat yang jadi samseng bolasepak ni datang dari pasukan yang menduduki tangga tertinggi liga, bukan yang duduk tangga terbawah atau liga yang lebih rendah. Ramailah tu, nak periksa satu persatu macam mana?
Pendek kata cadangan ini (walaupun nampak cerdik) tapi bodoh sebab tak praktikal untuk dilaksanakan. Contohnya bagi cadangan setiap blok dalam kawasan perumahan ada balai polis untuk cegah jenayah, nampak cerdik tapi perlaksanaannya mustahil.
Macam itulah bodohnya KJ.
Benda senang macam ini pun tak boleh nak selesai. Letak je polis berpakaian biasa dalam grup yang biasa buat kecoh, pada saat pergaduhan dah mula tu, cepat-cepat tangkap orang ini dan keluarkan dari stadium, itu pun tak boleh nak fikir.
No comments:
Post a Comment