Pemuja Mahathir berbangga dengan page mereka yang mendapat likes beratus ribu. Begitu juga bila campak satu posting memuja Mahathir, beratus atau beribu komen memuja kembali yang diterima.
Tapi ternyata semua ini tidak memberi kesan kepada tahap sokongan terhadap Mahathir di alam nyata. Ratusan ribu mahupun jutaan likes di page memuja Mahathir yang dikendalikan, ternyata tidak menggambarkan realiti sokongan di alam sebenar.
Sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal Perdana Menteri dan Mahathir hanya tunggu hari nak mati. 90 tahun, tua dah.
Contoh dah banyak. Sebelum ini bila Mahathir balik dari luar negara, hanya berpuluh saja yang datang jemput, tapi baru-baru ini ada kes yang lebih menarik.
Akibat kekurangan dana (faham sajalah Mahathir kedekut), pengendali page-page pemuja Mahathir ini cuba mencari duit lebih dengan menjadikan jumlah ratusan ribu like di page FB yang dikendalikan mereka sebagai pengeras untuk mempromosikan filem yang dibintangi Mahathir, Kapsul.
Tak tahulah berapa penerbit filem itu bayar kepada page-page ini tapi kita tahu ada, kerana buat beberapa minggu sebelum filem itu ditayangkan, page-page berkenaan tidak henti-henti mempromosikan filem Kapsul ini.
Admin page-page berkenaan juga sibuk mengambil gambar sendiri dan anak-anak mereka semasa menonton filem Kapsul, tak pulak ambil gambar berapa ramai orang yang sedang menonton filem tersebut.
Begitulah bersungguhnya mereka sehingga penerbit filem berkenaan menolak untuk mempromosikan filem ini dimedia arus Perdana kerana percaya dengan kekuatan page-page ini dan nama Mahathir untuk melakukan semua kerja tersebut.
Tapi ternyata ia adalah keputusan yang silap kerana kutipan Kapsul setakat ini menunjukkan jumlah yang begitu mengecewakan, hanya sebanyak RM 31,000. Kos menghasilkan filem lebih RM 2 juta, sedangkan jumlah kutipan, lebih sikit 1% dari keseluruhan kos.
Bukan setakat tak balik modal, penerbitnya rugi beratus kali ganda.
Jenama Mahathir ternyata tidak laku, harap kepada populariti yang dinanyikan pengendali page menggunakan namanya saja. Realitinya rakyat memang benci Mahathir dan penerbit filem selepas ini sepatutnya belajar untuk tidak percaya kepada page-page yang menggunakan nama Mahathir untuk mempromosikan filem mereka.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePadanla muka pengarah 2. aapa suruh dia ambil brg reject blakon. org yg nak tgk kerajaan ni tumbang cthnya puak2 penbankang jela yg sokong kadir tua nyanyuk ni skrg. kadir ni pun dh xlama tarikh dia nk expired
ReplyDeletePromote lah pelakon-pelakon hebat seperti A. Kadir Yasin, Zainuddin anak lelaki Maidin, Ling Liong Sik, Sanusi Al Junid PASTI Pecah Panggung punya!
ReplyDelete