Monday, October 19, 2015

Malaysia Telah "Dirogol" Mahathir Selama 22 Tahun



'Para penyembah' tegar Tun Mahathir dilihat meroyan umpama anjing gila apabila Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa Dr Mahathir telah melakukan pelbagai kerosakkan sepanjang 22 tahun regim pemerintahanya.



Jamal melalui satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini mendakwa selain kerosakan yang dilakukan, Mahathir turut disifatkan telah merogol hak dan kebebasan bersuara bagi memastikan dirinya terus kekal berkuasa.

"Saya yakin bahawa dunia tahu bahawa selama 22 tahun di bawah pentadbiran Mahathir, beliau merupakan Perdana Menteri yang jelas menggunakan semua kuasanya untuk melindungi orang kanan-Nya dan menenggelamkan semua musuh-musuh politiknya".
 
"Semua institusi asas negara telah teliti dirogol (habis dirogol) hanya supaya dia boleh kekal berkuasa," ujar Jalam dalam kenyataan tersebut.

Bagi menangkis dakwaan tersebut, 'para penyembah' Mahathir dihat terpaksa mengariskan seribu macam pembangunan yang pernah dilakukan ketika era pemerintahan beliau.

Antaranya KLCC, KLIA, Litar Sepang, Proton dan sebagainya, betul semua mercu tanda itu dibina ketika zaman Mahathir.

Namun 'kehebatan' itu masih gagal menutup kekejaman dan kerosakkan yang pernah dilakukan beliau.

Antaranya skandal Forex, pembunuhan berdarah di Memali, penyalahgunaan ISA sehingga menyebabkan lebih daripada 1,000 orang ditangkap, perjanjian berat sebelah antara pemegang konsesi tol, pemberian IPP kepada kroni beliau sehingga menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan tarif elektrik, keistimewaan yang diberikan kepada anak-anak beliau sehingga mampu menjadi antara manusia paling kaya di Malaysia dan sebagainya.

Kalau disenaraikan kesemuanya, pasti gelaran sebagai 'Bapa Pembangunan Negara' sudah tidak lagi relevan dengan Mahathir.

Kepada 'para penyembah' Mahathir ada baiknya kalian berhenti dari menipu diri sendiri dengan penyebaran dakyah dan propaganda kononnya jasa dan pengorbanan Mahathir terlalu hebat buat rakyat.


Sedangkan pada hakikatnya, kehebatan itu tidak seperti yang dikatakan.

No comments:

Post a Comment