Menurut sumber dalaman, Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdal adalah antara 5 ahli parlimen BN yang akan menyokong usul undi tidak percaya tajaan pembangkang ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak
Ini adalah sesuai dengan pendirian mereka sebagai hamba setia kepada Mahathir Mohamad dan bukan rahsia Mahathir sejak beberapa bulan lepas telah bekerjasama dengan pembangkang untuk mengadakan undi tidak percaya ini.
Muhyiddin pun dah buat kenyataan dia sokong apa juga yang keluar dari mulut Mahathir walaupun sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan ahli Parlimen BN, Muhyiddin ada pengetahuan lebih banyak dari Mahathir dalam pelbagai isu seperti SOSMA dan sebagainya.
Tapi kalau dah bodoh, nak cakap macam mana?
Keputusan Muhyiddin dan Shafie untuk menyokong usul undi tidak percaya ke atas Najib ini juga dilihat sebagai peluang membalas dendam akibat dari keputusan Najib menyingkirkan kedua mereka dari kerusi kabinet Julai lepas.
Penulis tidak dapat melihat bagaimana tindakan seumpama ini boleh membawa kebaikan kepada UMNO. Muhyiddin dan Shafie berulang kali mengatakan mereka setia kepada UMNO dan tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan parti tersebut.
Jelasnya, mereka berdua ini tidak peduli pasal UMNO pun tapi lebih kepada Mahathir dan kesumat peribadi masing-masing. Mungkin selepas ini tidak ada alasan lagi kenapa mereka perlu berada pada kedudukan tinggi dalam UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO perlu buat keputusan untuk singkir dua orang ini kerana cuba mencemarkan institusi presiden UMNO.
No comments:
Post a Comment