Tuesday, October 20, 2015

Harapan Muhyiddin Nak Jadi PM Akhirnya Termakbul?

Gambar Hiasan

Katanya ada negeri dalam Persekutuan Malaysia sedang berkira-kira nak menarik diri dari Persekutuan - berdasarkan perjanjian dengan British yang dibuat pada dekad 40-an yang lepas iaitu lebih 70 tahun dulu.

Janji dengan British tapi nak tuntut dengan Malaysia, tak faham dengan apa cara perkara tersebut boleh direalisasikan?

Tapi biarlah undang-undang yang menentukan sama ada ia boleh dibuat atau tidak kerana apa yang lebih penting sekarang, perkara itu (kalau jadi) akan menyempurnakan cita-cita Muhyddin untuk menjadi Perdana Menteri dengan mudah seperti yang diimpi-impikannya selama hari ini.

Kita tak nampak lagi dah siapa di negeri yang dikatakan itu lebih layak untuk jadi Perdana Menteri sebab hanya Muhyiddin saja yang ada pengalaman mentadbr di peringkat negara, mana ada orang lain lagi?

Nak jadi Perdana Menteri Malaysia susah sangat, yang mana kalau dapat pun hanya Perdana Menteri boneka kepada Mahathir saja, tapi kalau negeri yang berkenaan jadi keluar Malaysia seperti yang heboh diperbincangkan sekarang, harapan Muhyiddin mungkin ada disitu.

Itupun tidak ada jaminan Muhyiddin akan terlepas dari Mahathir dengan mudah kerana Mahathir tahu sajalah, apa juga peluang untuk pertahankan kroni, Mahathir akan gunakan selagi dia belum mati.


1 comment: