Tuesday, October 13, 2015

Sidang Akhabr Tergempar, Mahathir Takut Kharuddin Bocor Maklumat Kepada Polis



Ramai yang terkejut apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengadakan sidang akhbar tergemparnya pagi tadi.

Rata-rata merasakan ia tindakan itu sebagai 'signal' terbaru bagi meneruskan tekanannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.


Persoalannya mengapa Dr Mahathir secara tiba-tiba mengadakan sidang akhbar tersebut, sedangkan umum mengetahui semua yang hadir itu telah lama dilabelkan sebagai 'orang Mahathir'.

Paling menarik, sidang akhbar tersebut selain menghentam Najib ia juga dijadikan sebagai medan mahkamah untuk membela penahanan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam beliau, Matthias Chang.

Dr Mahathir turut mengecam, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa serta tidak menghormati undang-undang.

Malah ada di antara mereka yang hadir itu sebelum ini turut bersetuju dan memainkan peranan untuk meluluskan Sosma yang ketika ia dibentangkan di parlimen satu ketika dahulu.

Mengapa baru sekarang Dr Mahathir membangkitkan isu mengenai penyalahgunaan kuasa, sedangkan ketika regim pemeritahannya ramai mangsa telah disumbatkan ke dalam penjara tanpa sebarang alasan yang kukuh dibawah Akta ISA.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Mahathir takut banyak rahsia mengenai gerakan jahatnya untuk menajatuhkan Najib akan terbongkar.

Menurut sumber yang enggan mendedahan identitnya itu, Mahathir benar-benar terkejut ketika dimaklumkan mengenai berita penangkapan Khairuddin.

Lebih memeranjatkan Mahathir, selain Khairuddin, bekas setiausaha politiknya, Matthias Chang turut ditahan di bawah Akta yang sama.

Mahathir sedar dengan penangkapan dua orang budak suruhannya itu, bukan sahaja akan menyebabkan gerakannya untuk mengulingkan Najib akan terjejas.

Namun apa yang paling penting, kedua-dua itu dikatakan banyak meyimpan rahsia sulit mengenia Mahathir.

Ini kerana Mahathir takut, Khairudiin akan membocorkan pelbagai maklumat penting itu kepada pihak polis bagi memastikan dia dibebaskan.

Ia sekaligus akan meletakkan Dr Mahathir berada dalam keadaan bahaya sekaligus memgagalkan usahanya untuk menyingkirkan Najib


No comments:

Post a Comment