Gejala rasuah bolasepak di negara ini banyak berpunca dari kegagalan persatuan bolasepak negeri menyelesaikan masalah asas pemain seperti pembayaran gaji dan sebagainya. Ini disebabkan oleh budaya korporat memberi tajaan besar kepada persatuan sukan di negara ini belum subur macam di barat.
Oleh yang demikian, uintuk menyelesaikan masalah tersebut, penulis mencadangkan kerajaan negeri dimana persatuan bolasepak ini bernaung agar menyediakan bidang-bidang tanah bernilai tinggi setiap tahun kepada persatuan bola negeri yang boleh digunakan mereka untuk menjana pendapatan dan meningkatkan kewangan persatuan.
Semua kerajaan negeri juga perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya beberapa projek pembangunan berskala mewah kepada persatuan sukan ini untuk diuruskan mereka, sama ada dari segi memberi kelulusan, urus sendiri, kerjasama dengan syarikat lain dan sebagainya.
Komisen, keuntungan dan hasil yang diperolehi dari penjualan tanah dan kelulusan projek ini boleh menyelesaikan masalah kewangan persatuan bolasepak negeri. Bukan setakat masalah gaji selesai, persatuan juga boleh mendapatkan pemain yang hebat-hebat bermain untuk mereka dan bayar gaji tinggi melampau, tak perform, ganti orang lain, maklum duit banyak.
Tidaklah lagi timbul lagi masalah rasuah dan pemimpin sukan yang berkenaan juga bolehlah 'bercakap besar' sikit, Sumbangan atau derma pun boleh diperbesar-besarkan jumlahnya, barulah setaraf antara semua persatuan bolasepak, tidak ada yang boleh meninggi diri lebih dari yang lain.
Kerajaan negeri juga perlu memperuntukkan antara RM 1 juta ke RM 2 juta untuk persatuan bolasepak negeri mengadakan siri jelalah daerah dalam negeri masing-masing untuk menarik minat rakyat terhadap sukan bolasepak.
Walaupun persatuan bola telah mewah hasil jual tanah dan bagi projek, tapi jelajah ini perlu sumbangan kerajaan negeri kerana ia masuk dalam bab promosi yang turut memberi keuntungan kepada kerajaan negeri serta menambah sokongan rakyat terhadap kerajaan, sebab itu kerajaan negeri perlu sponsor bab jelajah ini.
No comments:
Post a Comment