Tuesday, October 27, 2015

1Bestari.Net: Mahathir Arah Muhyiddin Pilih YTL


Penulis tidak rasa syarikat YTL diberi hak menguruskan program 1Bestari.net oleh Muhyiddin Yassin semasa dijadi Menteri Pendidikan dulu adalah kerana merit, silap-silap ia adalah Mahathir yang suruh Muhyiddin lantik YTl untuk urus projek itu.

Hampir setengah juta guru dan lebih 5 juta pelajar tapi YTL dengan YES 4G nya yang dapat kontrak.  Lain kalau nama besar macam Celcom ke, Maxis ke atau DiGi yang dapat, itu kita tak berapa hairan sebab liputan isyarat syarikat-syarikat ini dah meluas, pengalaman dah bertahun-tahun.

Paling tidak U-Mobile, boleh tahan jugak lajunya tu, ini YES!!

Dalam masa yang sama, Mahathir pun serah pada YES untuk pakej Internet percuma dalam kereta Proton baru.  Tawaran macam hebat, 12 bulan percuma, tapi semua tertipu sebab hanya sebulan saja percuma, lagi 11 bulan dapat rebat yang hanya boleh digunakan kalau pembeli top-up dulu.

Kena kencinglah senang cakap.  Tapi isunya yang nak dibincang disini sekarang, betul ke Mahathir yang arah Muhyiddin untuk serah projek ini kepada YTL?

Semua keraguan ni mewajarkan untuk SPRM masuk campur.  Siasat dan tangkap Muhyiddin sekiranya terdapat unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa dalam projek bernilai lebih RM 4 billion ni.  Apatah lagi difahamkan, menantu Muhyiddin pun ada saham juga.

Tujuan SPRM masuk campur ialah untuk membersihkan nama anak Tok Guru ni.  Anak ulamak terkenal mana boleh terlibat dengan perkara-perkara syubahah, Mahathir lain, dia dah tua tunggu masa saja dah.

3 comments:

  1. Itulah..muhdin....Allah beri kuasa dan pangkat....kamu salah gunakan....walau pun anak ulamak...Iman tak boleh di jual beli ..iman juga tak boleh di warisi




    ReplyDelete
  2. Mungkin inilah sebab mengapa Tun nak sangat jatuhkan PM....Saya respect cara PM buat kerja...akan terbongkar semua kroni2 Tun....serta sebab musabab...cerdik tak semestinya betul...

    ReplyDelete