Keghairahan untuk menjatuhkan Perdana
Menteri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dilihat
semakin rancak dan menjadi-jadi dengan roadshow “Bicara Negarawan” yang
diadakan di beberapa buah negeri.
Ia mengulangi tindakan yang pernah dilakukan oleh Tun M semasa usaha dan gerakan untuk menjatuhkan Pak Lah suatu ketika dahulu.
Tun M nampak amat begitu terdesak
sehingga sanggup menerima jemputan dari sesiapa sahaja yang sudi
memanggilnya untuk berucap, tidak kiralah dari musuhnya dahulu sekali
pun.
Keterdesakan Tun M ini juga dilihat
begitu licik dan terus menerus menggunakan strategi yang keji dan kotor,
asalkan Datuk Seri Najib Razak berjaya dijatuhkan sepertimana yang dia
lakukan sebelum-sebelum ini.
Tun M sentiasa siang dan malam berusaha untuk menggulingkan Najib Razak sehingga dia sanggup berkata “Saya
berhempas pulas untuk menaikkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana
Menteri.. Saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga akhirnya dia menjadi
Perdana Menteri.. Atas usaha saya!” semasa di Sabah baru-baru ini.
Begitu angkuh dan sombong Tun M berkata
demikian sehingga dia lupa bahawa segala kekuasaan ini semuanya adalah
dari Yang Maha Kuasa, bukannya dari mana-mana kuasa manusia.
Malah Tun M juga telah mendedahkan
sebanyak RM42 Billion wang rakyat dari 1MDB telah lesap yang didedahkan
melalui blog peribadinya sendiri.
Sedangkan perkara ini tidak pula
didedahkan oleh mana-mana portal yang selalu menghentam dan memfitnah
kepimpinan Najib Razak seperti The Edge, WSJ, The Malaysia Insider dan
lain-lain.
Mungkin portal-portal ini faham dan tahu
bahawa apa yang dikatakan atau dituduh oleh Tun M itu adalah sesuatu
fitnah terbesar dan tidak langsung pernah berlaku (kehilangan wang
tersebut).
Portal-portal pro pembangkang ini sudah
pasti berasa takut untuk menyiarkan tuduhan itu kerana ditakuti disaman
kerana menyebarkan fitnah.
Tetapi dek kerana rasa ghairah dan
terlalu ingin menjatuhkan anak buahnya sendiri (Najib Razak), Tun M
tidak memperdulikan semuanya itu.
Mungkin modus operandi jahat yang
digunakan oleh Tun M ialah untuk menimbulkan persepsi simpati terhadap
dirinya iaitu dengan membuat provokasi supaya pihak berkuasa
menangkapnya?
Sekiranya pihak berkuasa berjaya
menangkap Tun M atas alasan menyebar cerita tidak benar terhadap ketua
kerajaan, maka Tun M akan menggunakan peluang ini untuk menagih simpati
rakyat?
Dengan simpati inilah rakyat akan mula
melihat bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak adalah sebuah kerajaan yang
zalim dan tidak perikemanusiaan?
Akhirnya Tun M akan menerima majoriti
rakyat yang menyokongnya kerana rasa simpati tersebut, dan ini
memudahkan beliau untuk membuat hasutan supaya rakyat tolak Najib Razak?
Percaturan Tun M ini amatlah licik dan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh kita.
Tun M pasti akan melakukan apa saja cara
yang beliau mampu buat, walaupun beliau dipenjarakan?, asalkan niat dan
hajatnya untuk menggulingkan Najib Razak akan tercapai.
Guling-guling ni selalunya babak wayang Tamil atau Hindi. Mantan PM ni memang sinonim dengan babak guling-guling.
ReplyDeleteMasa dia berkuasa dia tak guling tapi dia pecat terus. Berapa ramai dia pecat zaman dia perintah lagilah zalim. Jika dia di tempat Najib, Mukriz tu dah lama kena pecat.
Rakyat bukan mudah nak diperbodohkan. 5 tahun dulu mungkin media sosial boleh dieksplotasikan tapi sekarang dengan blog-blog yang semakin merapu macam malaysia kini, dinturtle, anak sg derhaka, milo suam rakyat dan semakin muak dan meluat melainkan sekumpulan manusia yang kecewa kerana putus habuan.