Dua hati yang lalu, beberapa orang pengiat media sosial melaporkan kononnya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir di masukkan ke hospital kerana menghadapi masalah kompilasi jantung.
Mahathir di katakan dimasukkan ke Institut Jantung Negara bagi mendapatkan rawatan.
Susulan daripada itu, ramai yang simpati dan mendoakan kesejahteraan beliau agar segera pulih, namun setelah diselidiki, laporan tersebut ternyata palsu dan tidak benar.
Maka ada yang mula menunding jari menyalahkan penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dikatakan bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.
Setelah diteliti, kami mendapati isu tersebut sebenarnya disebarkan oleh penyokong Mahathir dan bukannya Najib seperti yang didakwa.
Tindakan itu bertujuan untuk menarik simpati masyarakat sekaligus menyokong gerakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib.
Ini kerana Mahathir sedar, walaupun pelbagai cara telah dilakukan namun Najib masih terus menerajui kepimpinan negara.
Apa yang belum dilakukan Mahathir, bercakap, ceramah, menulis di dalam blog, sidang akhbar tergempar dan pelbagai lagi.
Namun nyawa politik Najib agak liat untuk dihapuskan.
Tidak seperti Pak Lah, gerakan yang dilakukan Mahathir dahulu berjaya memaksa 'Mr Clean' itu melepaskan kuasa.
Mahathir sedar sekiranya gerakan untuk menjatuhkan Najib ini gagal mencapai matlamatnya, 'anak bugis Pahang' ini akan menjadi semakin kuat.
Ia sekaligus akan menyebabkan harapan Mahathir untuk melihat Muhriz menduduki kerusi empuk itu terkubur buat selamanya.
No comments:
Post a Comment