Friday, October 16, 2015

Muhyiddin Bin Mahathir


Mahathir dalam satu kenyataan tak berapa lama dulu mengesahkan bahawa dia tidak begitu peduli tentang anak-anaknya.  Tambahnya lagi, kalau dia nak anak dia kaya raya, masa dia jadi Perdana Menteri lagi dia dah buat - yang mana memang itulah dia buat pun, dia saja yang terlepas cakap.

Ikut rekod, Mirzan dah jadi jutawan seawal 1997 bila konsortium perkapalannya diselamatkan Petronas dengan wang berbilion ringgit.  Tahun 1997 Mahathir masih lagi Perdana Menteri.

Begitupun bukan itu fokus penulis hari ini, tapi kenyataan Mahathir (secara sinikal) yang dia tidak pedulikan anak-anaknya itu telah mengujakan orang macam Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin hari ini cuba menonjolkan dia macam anak kepada Mahathir dan Mahathir itu macam bapanya sendiri.  Buktinya bila Muhyiddin mengaku percaya apa juga yang keluar dari mulut Mahathir sekalipun dalam isu yang terang-terang dia lebih tahu dari Mahathir macam SOSMA.

Dari awal SOSMA dirancang dan akhirnya diluluskan parlumen, Muhyiddin tahu secara terperinci bahawa SOSMA tidak sekadar menangani isu-isu keganasan yang ditinggalkan ISA tapi juga hal-hal lain yang boleh mengancam kestabilan negara ini.
Itu yang bila Mahathir kata SOSMA telah disalahgunakan, Muhyiddin macam orang bodoh pun mengikutlah.  Padahal, peruntukkan bahawa SOSMA boleh digunakan untuk menahan pengancam ekonomi dan sistem perbankan negara, sudah wujud sebelum akta itu diluluskan lagi.

Tidak ada alasan lain kenapa Muhyiddin jadi macam ini melainkan dia cuba berlagak macam anak kepada Mahathir.  Mungkin harta UMNO yang banyak dipegang Mahathir itu menarik minat Muhyiddin untuk meletakkan dirinya dalam posisi seperti itu.

Mahathir berapa lama sangat boleh waras lagi, kalau tak tahun ni tahun depan nyanyuklah tu.  Muhyiddin tahu sebab itu dia sanggup berkorban hari ini untuk kepentingan masa depan.

1 comment:

  1. Muhyiddin ni tamak kuasa tak pernah tahu bersyukur....cuba lihat. Berapa lama dia jadi MB Johor dah tu jadi menteri dah tu jadi TPM kan dah bagus susun atur tinggal lagi nak jadi PM je....tapi itulah kita hanya merancang Allah jua yang tentukan...akhirnya ternyata muhyiddin ni lebih kuah dari sudu

    ReplyDelete