Wednesday, October 7, 2015

Kerana Kepentingan Peribadi, Mahathir Terpaksa Jadi Kepala Pemberontak



Mahathir patut insaf mengutuk pemimpin kerajaan kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan.

Menurut Ku Nan, Tun Mahathir seharusnya berhenti dari terus menyerang Najib dengan isu-isu lapuk yang dikitar semula.



Ini kerana regim pemerintahan Mahathir telah lama berlalu dan dia sepatutnya belajar untuk menghormati pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat.

Malah sebagai bekas Perdana Menteri dia seharusnya sedar dia sudah tidak layak lagi untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.

Serangan demi serangan yang dilemparkan jelas membuktikan Mahathir sebenarnya mempunyai agenda peribadi untuk memastikan anaknya dipilih sebagai perdana menteri.

Malah tindakan Mahathir ini juga sebenarnya bukan atas kepentingan rakyat namun demi memuaskan hati dan nafsu tamak para kroninya yang semakin tersepit dengan pembaharuan yang dibawa oleh Najib.

Namun paling mengecewakan apabila Mahathir dilihat turut bersekongkol dengan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Najib.

Jika sebelum ini dia mengunakan plaform pembangkang ketika hadir dalam himpunan haram Bersih, terbaru dalam siri jelajahnya di Tawau Sabah baru-baru ini Mahathir turut dilihat mengunakan pendekatakan yang sama.

Tindakan terdesak itu di ambil apabila orang suruhan yang diharapkan untuk menekan Najib sudah tidak mampu lagi menjayakan misi jahatnya itu.

Sebagai contoh, Khairuddin yang menjadi ayam tambatannya sebelum sudah kehilangan bisa apabila nasibnya sudah hampir pasti akan merengkok dalam penjara.

Muhyiddin dan Shafie yang digunakan sebelum ini, telah sudah kehilangan pengaruh apabila dipecat dari Kabinet.

Atas sebab itu, Mahathir terpaksa bergerak sendiri dan mengunakan khidmat insan-insan terpinggir bagi menjayakan misi jahatnya itu.

Kesimpulannya Mahahir sudah semakin terdesak dan terpaksa mengetui sendiri gerakan pemberontakan untuk menjatuhkan Najib.


No comments:

Post a Comment