Sejak semalam, timeline Facebook penuh dengan gambar-gambar yang diambil sempena sambutan hari jadi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disambut secara besar-besaran.
Ini disebabkan kerana, majlis itu disifatkan tidak selari dengan kenyataan Mahathir sebelum ini yang sebelum ini sering mengecam isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kerana dikatakan suka bermewah-mewah di saat rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Malah Mahathir juga sebelum ini sering mengambarkan dirinya sebagai seorang insan yang zuhud yang kononnya lebih gemar hidup secara sederhana.
Malah para penyokong beliau juga sering menyebarkan gambar-gambar Mahathir berkain pelikat, berjalan di pasar-pasar malam dan sebagainya semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.
Malah ketika bulan Ramadhan yang lalu, laman-laman Facebook yang menyokong beliau sering menyebarkan gambar-gambar Mahathir sedang membeli juadah di bazar Ramadhan seperti rakyat marhaen.
Namun majlis sambutan malam tadi, jelas membuktikan Mahathir bukanlah seorang yang zuhud seperti yang cuba digambarkan.
Ini kerana manusia yang suka hidup secara sederhana tidak akan membazir dengan majlis sambutan hari jadi seara besar-besaran.
Jangan tak tahu Vincent Tan kan kroni kesayangan TUn.sepatutnya TUN sambut Birthday dgn anak2 yatim ke atau dgn orang tua2 yang dilupakan ke.Allahualam
ReplyDeleteSepatutnya dalam usia senja, dah patut dia tolak majlis tu, atau saat akhir majlis tak perlu datang pun....mesti ada pendirian teguh sebagai orang Islam.
ReplyDeleteBila ada program maksiat, tentu ada air maksiat pun ada juga.... takkan disediakan kopi dan teh O, minum mineral water atau lemon juice belaka.
Kalau orang biasa hadiah hari lahirnya tentu luar biasa, bagaimana dgn orang yang luar biasa pula??
Vincent tan melabur majlis jutaan ringgit utk keuntungan masa depan dia dan kroni dan bangsa nya juga....ada orang melayu dan orang islam terpikir dan sedar???
Walaupun kena berbaik sangka, orang Islam kena lah pandang ke depan juga.
Sama juga bila berada di medan petempuran, kalau tak tentu lah org Islam sentiasa kalah.
Allahualam
ha ha ha.. abis duit aku bila tun M belanja mcm ni. abis duit cukai yg aku bayar... ehhh.. itu bukan tun M ambik itu tundun najib.. rosmah.. salah lak. spt kata tun semoga najib bersara dgn cepat dan aman. amin.
ReplyDeleteApa salahnya,bukannya duit Tun yang keluarkan tetapi dibiayayai oleh seorang cina yang pernah Tun tolong menjadi kaya raya tetapi tidak pernah melupai budi baik Tun.Tidak seperti banyak orang2 Melayu yang telah Tun tolong semasa beliau berkuasa ini termasuk menteri2 dan orang2 biasa ,tetapi kini .sedang mengasak beliau habis habisan.
ReplyDeleteApa salahnya,bukannya duit Tun yang keluarkan tetapi dibiayayai oleh seorang cina yang pernah Tun tolong menjadi kaya raya tetapi tidak pernah melupai budi baik Tun.Tidak seperti banyak orang2 Melayu yang telah Tun tolong semasa beliau berkuasa ini termasuk menteri2 dan orang2 biasa ,tetapi kini .sedang mengasak beliau habis habisan.
ReplyDeleteItu cina Vincent mahu kipas TUN maa....sebab kasi tolong hentam Najib pasat sudah tak ada plojek maa,semua sudah beri pada 1 MDB.Tapi olang melayu haa manyak boloh marah sama Najib pasat 1 MDB padahal untung 1MDB ,Najib kasi pada olang melayu beli lumahlah ,lepair masjidlah,lagi hantar pak2 lebai dan tok siak pgi haji maa.....itu melayu manyak marah sama Najib tapi saya suka sama Najib sebab ada Brim maa...
ReplyDeletesaya setuju tu Anonymous.
Delete