Sunday, July 19, 2015

Idea Diskaun Tol Kurangkan Sesak, Bukti Najib Lebih Baik Dari Mahathir


Setakat artikel ini ditulis, penulis masih belum mendengar 'bencana' terperangkap dalam kesesakan di lebuhraya (terutama yang dikendalikan PLUS) sehingga berjam-jam berlaku di mana-mana sempena sambutan raya kali ini.  

Tahun lepas, ada yang mengambil masa sehingga 10 jam untuk sampai dari Perak ke KL.

Penulis pasti, keadaan ini berlaku kerana idea memberi diskaun sehingga 50% ke atas kadar tol pada hari-hari tertentu, telah menyebabkan jumlah kenderaan menyerbu lebuhraya sekaligus untuk balik ke/pulang dari kampung, berkurangan.

Semua ini, penulis yakin ada cernaan idea Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini boleh dilakukan Perdana Menteri kerana PLUS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak dibawah Khazanah - sayap pelaburan kerajaan dibawah Kementerian Kewangan yang dimenterikan Najib.
  
Memang sejak beliau mengambil alih, rakyat bertambah maju dan makmur,  Kenderaan pun semakin banyak kerana rakyat semakin ramai mampu memilikinnya terutama sejak gaji minimum ditetapkan pada RM 900 sebulan.

Pada Najib, biarlah syarikat tol mengalami kekurangan pendapatan asalkan rakyat tidak begitu terjejas dan terperangkap dalam kesesakan seperti tahun lepas.

Zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, perkara ini tidak akan berlaku kerana memberi diskaun tol ini bermaksud mengurangkan pendapatan kroni-kroninya yang mendapat konsesi tol.

Tidaklah Mahathir itu wujud kalau bukan untuk mengkayakan kroni-kroninya.  Rakyat terperangkap dalam kesesakan ke apa, itu masalah rakyat, yang penting, pendapatan kroni jangan terjejas.

Lagipun, lebih atas dari itu, penulis tak rasa Mahathir ada akal untuk memikirkan perkara di luar kotak seperti ini.

No comments:

Post a Comment