Sunday, July 5, 2015

Fitnah WSJ: Mahathir & Culainya Perlulah Ditangga Teratas Untuk Di Saman


Penulis rasa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu terlalu beremosi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahathir kerana menjadi dalang dalam fitnah WSJ yang mendakwa beliau melesapkan berbilion wang negara.

Kita faham kedudukan Mahathir dan jasanya terhadap Najib selama ini tapi tindakan Mahathir dalam hal fitnah ini sudah benar-benar melampau dan  tidak sewajarnya dia dibenarkan terus bermaharajalela lagi.

Mesej itu perlu jelas bahawa Najib bukan Abdullah Badawi, Najib bukan Tunku dan lain-lain yang pernah Mahathir berkonspirasi untuk menurunkan mereka - termasuk Anwar.

Bagi yang tidak tahu atau masih mentah untuk tahu, pemecatan Anwar pun satu konspirasi Mahathir,.Dia sudah tahu Anwar peliwat sejak 1993 lagi tapi hanya memilih untuk mendedahkan perkara itu pada 1998 setelah Anwar cuba mencabarnya.

Konspirasilah tu, bukan sebab Anwar tak meliwat.


Siapa tak kenal Mahathir, dia guna politik ugut untuk pastikan semua orang patuh kepada kehendaknya, kalau tidak, jadilah macam Anwar dulu dan Najib sekarang.

Disamping Mahathir, WSJ dan Sarawak Report, Najib juga tidak boleh mengkesampingkan mereka -mereka lain yang kita percaya turut terlibat dalam konspirasi ini seperti Khairudin Muflis, Kadir Jasin, Zam Maidin dan lain-lain.  

Kalau ada asas yang kukuh, mereka ini  juga perlu diambil tindakan, saman sehingga tinggal seluar dalam.

Semoga selepas ini negara kita akan bertambah aman.  

No comments:

Post a Comment