Tuesday, July 28, 2015

Muhyiddin Korban Kerakusan Mahathir


Penulis mengucapkan takziah, terima kasih dan selamat maju jaya kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuang/ditendang dari kabinet berkuatkuasa hari ini.

Ironi, yang di desak meletak jawatan, yang difitnah untuk meletak jawatan ialah Datuk Seri Najib, tapi yang dibuang ialah Muhyiddin.

Begitulah kalau kecil cuba menduga yang besar, apa pun semua ini adalah kuasa Allah swt sahaja adanya, Muhyiddin harus menerima ketentuan ini, lagipun beliau masih kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO dan BN, cuma bukan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin tidak boleh menyalahkan Najib kerana ia adalah salahnya sendiri kerana berterusan mencabar kedudukan Najib dengan cuba mengelirukan rakyat dalam soal 1MDB.

Ada cadangan untuk Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana amatlah tidak molek untuk dia kekal pada jawatan itu bila tidak mendapat kepercayaan Perdana Menteri untuk menjadi Timbalannya.

Terpulanglah kepada Muhyiddin untuk menentukan tindakan seterusnya.

Apa pun, ramai melihat Muhyiddin menjadi mangsa kepada percaturan yang dilakukan Mahathir.  Kepala kepada semua ini ialah Mahathir, dialah yang dikatakan memaksa Muhyiddin membaca skrip sehingga Muhyiddin terpelanting keluar dari kabinet.  

Mahathir tidak peduli kalau Muhyiddin dikorbankan, dia mahu Najib meletak jawatan agar pengganti Najib boleh dikawal untuk melaksanakan semua kehendaknya.

Penulis menjangkakan selepas ini, akan ada tindakan balas dari penyokong Muhyiddin, bermula di bahagiannya di Pagoh.  Malah penulis tidak terkejut kalau ada ahli parlimen yang keluar parti untuk mengikut Muhyiddin.

Inilah alam politik, yang penting bukan permainannya tapi dihujung nanti siapa yang akan keluar sebagai pemenang.

No comments:

Post a Comment