Thursday, July 9, 2015

Mahathir Kata Siapa Tak Pakai Proton Berlagak - Tuju Pada Anaknya La Kot


Diktator adalah perkataan yang berasal dari perkataan Inggeris dictate yang bermaksud (antara lain) individu yang telah menentukan sesuatu dan yang lain hanya mengikut tanpa membantah.

Sesuailah dengan Mahathir dalam soal Proton ini kerana sejak jenama itu diperkenalkan pada tahun 1985, Mahathir telah menggunakan kuasanya untuk melaksanakan pelbagai polisi yang akhirnya mempunyai satu tujuan saja - rakyat Malaysia hanya boleh menggunakan kereta Proton.

Itu memastikan 'pemaksaan' ini berjaya, cukai kereta import dinaikkan berkali ganda, kemudahan pinjaman untuk membeli kereta Proton dimudahkan, kenderaan rasmi kerajaan mestilah Proton dan lain-lain lagi.

Ke tahap itu Mahathir 'mengongkongkan' rakyat Malaysia.  Proton sebetulnya satu produk yang sepatutnya gagal lama dulu, tapi berjaya bertahan selama 30 tahun antara lain kerana polisi yang diperkenalkan Mahathir.

Tak hairanlah Mahathir berang bila 2 penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meneruskan polisi 'memaksa' rakyat menggunakan Proton ini sekalipun di peringkat kerajaan, kenderaan rasmi masih lagi Proton, begitu juga teksi dan sebagainya.
Pasaran itu bagaimana pun kecil kerana berapa sangat kerajaan mampu beli kenderaan baru setiap tahun, teksi dan sebagainya, berbanding jumlah rakyat Malaysia yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

Itu yang buat Mahathir angin dan semuanya jadi tak kena dimatanya.  Bab kualiti kereta Proton yang macam haram jadah, Mahathir tak ambil port yang penting sales naik.

Maka janganlah buat terkejut bila dalam temuramah dengan Mingguan Malaysia Ahad lepas, Mahathir melepaskan kegeramannya dengan mendakwa semua rakyat Malaysia yang tidak menggunakan Proton sebagai 'berlagak' - tak sedar yang anak-anak dia sendiri pun lebih selesa dengan kenderaan mewah/import seperti Bugati Veyron dan Pagani Zonda (sekadar menyebut beberapa).

Dia sendiri pun dah tak berapa nak naik kereta lagi dah.  Hanya semata-mata nak makan popia kegemarannya pun, naik jet untuk sampai ke Kedah - dahsyat tak dahsyat.

Jadi rakyat Malaysia kena ingat, anda tak pakai Proton, Mahathir cap anda sebagai berlagak.  Eh, suka kitalah nak pakai kereta apa pun, duit kita bukan duit dia.

No comments:

Post a Comment