Saturday, July 18, 2015

Lowyat: Kenapa Pengendali Laman FB Pemuja Mahathir Tidak Ditangkap?


Difahamkan, seorang blogger adalah antara individu yang ditangkap kerana mengeluarkan kenyataan menghasut dalam posting FBnya yang merujuk kepada kejadian pergaduhan di Lowyat minggu lepas.

Yang tak faham ni, kenapa hanya blogger terbabit yang ditangkap sedangkan kita tahu ramai lagi yang terlibat terutama laman-laman FB yang dikendalikan oleh pemuija Mahathir seperto KCD, Boikot Barangan Cina DAP dan SSTDM - semua page ini kita percaya dikendalikan oleh orang yang sama.

Mereka ini semua patut dikenakan tindakan yang sama seperti blogger berkenaan kerana kerosakan yang dibawa mereka sehingga tercetusnya kejadian berkenaan hampir setaraf.

Posting yang disiarkan dalam page mereka ternyata telah membangkitkan rasa amarah di kalangan anak muda Melayu dengan menuduh kejadian itu adalah disebabkan oleh peniaga yang menipu sedangkan hakikatnya (berdasarkan siasatan polis), ia berpunca dari dakwaan mencuri.

Tindakan segera perlu diambil ke atas pengendali laman berkenaan kerana menghasut.  Ia penting untuk memelihara imej kerajaan dan negara kerana kita difahamkan, salah seorang pengendali laman-laman tersebut adalah juga kakitangan awam yang berkhidmat di salah sebuah kementerian.

Pihak polis juga dapat memastikan keamanan berpanjangan di negara ini kerana di masa depan, tidak akan ada pihak yang berani mengulangi tindakan sama - menyebar berita palsu, setelah polis bertegas dalam isu ini.

No comments:

Post a Comment