Seramai 11 individu bakal berdepan dengan siasatan daripada polis
berhubung dakwaan wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan dengan
salah seorang ialah bekas perenang Selat Inggeris, Datuk Abdul Malik
Mydin.
Menurut laporan Sin Chew Daily, Malik yang merupakan pembantu kepada
bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada dalam senarai
untuk disiasat oleh polis.
Manakala mereka yang lain yang dihalang meninggalkan negara bagi
membantu siasatan ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony
Pua; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi
Ramli; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, pemilik
syarikat media Kumpulan The Edge serta portal propembangkang, The
Malaysian Insider, Datuk Tong Kooi Ong dan Penerbit Kumpulan Media The
Edge, Ho Kay Tat, aktivis Maria Chin, Ambiga serta Adam Adli.
Difahamkan pihak polis kini bersedia untuk menyiasat dari pelbagai perspektif dengan niat untuk menggulingkan kerajaan.
Pada 13 Julai lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk
melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, berikutan
perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.
Beliau berkata, perbuatan jenayah ini sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.
Jelasnya, peguam juga negara telah mengarahkan siasatan penuh
dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu, bahan yang dikatakan
daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
No comments:
Post a Comment