Kekayaan luar biasa 2 anak Dr. Mahathir yang di perolehi dalam masa yang singkat.
Mirzan
Mahathir secara tiba–tiba pada tahun 2010 memiliki saham dengan jumlah yang
besar Petron Filipina sehingga dia menjadi Pengarah syarikat tersebut.
Dia juga memiliki 'secara tiba – tiba' saham syarikat arak San
Miguel juga di Filipina. Melalui pegangan syarikat di Filipina beliau
telah menelan syarikat Exxon Mobile (Esso) Malaysia.
Kemudian
syarikat tersebut telah mendapat hak pembekalan bahan bakar untuk kapal
terbang di KLIA dan mengawal banyak cabang perniagaan strategik. Apa
peranan Mahathir ? Jika benar dia seorang nasionalis kenapa tidak perniagaan
bahan api yang strategik ini diberikan terus kepada Petronas selaku syarikat
milik negara tetapi sebaliknya dapat kepada syarikat anaknya.
Malaysia
tidak harus lupa Mirzan anak kepada Mahathir inilah yang dikatakan
punca Anwar Ibrahim dipecat kerana Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan tidak mahu menggunakan wang negara untuk bail out
dia. Selepas memecat Anwar , Mahathir telah memegang sendiri jawatan
Menteri Kewangan dan negara telah bail out hutang besar syarikat
perkapalannya RM266 juta (malah ada sumber yang menyebut nilai jauh
lebih besar). Ahli perniagaan yang gagal dan diselamatkan dari muflis
dengan dana negara ini tiba – tiba berjaya mengumpulkan kekayaan luar
biasa.
Mokhzani
Mahathir tersenarai antara orang paling kaya oleh sebuah Majalah
antarabangsa FORBES. Kekayaan beliau lebih dari raja – raja Melayu
apabila antara kereta mewahnya ialah Bugatti Veyron (warna biru) dengan
plat WUS 17. Kereta itu boleh menjangkau RM1.5 juta dan sudah tentu
nilainya jauh lebih tinggi dengan cukai dan no.pendaftaran istimewa.
Mokhzani
pemilik Sapura Kencana sebuah syarikat petroleum mengundang ‘pelik’
sector korporat apabila menjadi kaya raya tiba – tiba dengan pantas.
Ramai yang menyatakan dia mendapat peluang dengan laluan istimewa di
Petronas di mana bapanya ialah penasihat. Contohnya syarikat Mokhzani
terlibat dalam menyedut hasil bumi Kelantan.
Syarikat
milik penuhnya Kencana HL Sdn Bhd dianugerahkan projek RM135.8juta
untuk projek gas di medan Kamelia 150km dari Kota Bharu. Projek ini
kemudian terlibat dengan projek RM15.6billion iaitu pembinaan paip gas
sejauh 300km untuk melarikan hasil bumi ini dari didaratkan di Kelantan.
Sapura Kencana juga mendapat projek berjumlah RM836 juta dari Petronas
Carigali. Projek sebesar ini bagaimana anak Mahathir dapat dalam
keadaan Mahathir ialah penasihat Petronas.
Mokhzani
disebut sebagai antara ‘pemilik’ Maxis. Dia juga kini ‘menguasai’ Litar
Antarabangsa Sepang sebuah projek Mega Mahathir yang terpaksa di ‘bail
out’ oleh Petronas.
No comments:
Post a Comment