Logiknya, jika Mahathir boleh mengugut Datuk Seri Najib Tun Razak demi melihatnya letak jawatan, pakat dengan Sarawak Report dan The Edge untuk palsukan dokumen, apa yang menghalang dia dari melakukan perkara yang sama terhadap Muhyiddin Yassin.
Muhyidin pun bukanlah pemimpin yang bersih sangat, dia banyak skandal yang menanti nak meletup. Antaranya Bestari.net dan sistem biometrik di Imigresen, polis dan sebagainya (membabitkan menantunya).
Cakap pasal Bestari.net, ia adalah projek antara Kementerian Pendidikan dengan kontraktor utama yang dianugerahkan kontrak - YTL (ring the bell?), syarikat yang dimiliki tauke judi Vincent Tan, yang juga menanggung majlis hari jadi mewah lagi gilang gemilang Mahathir beberapa hari lepas.
Sudah tentu sebagai antara yang disebut-sebut sebagai pemegang harta Mahathir, ada maklumat mengenai Bestari.net dan skandal yang dikaitkan dengannya, sudah dalam pengetahuan Mahathir.
Maklumat inilah yang digunakan untuk mengugut Muhyiddin sehingga Muhyiddin jadi macam orang bodoh, asyik bertanya soalan yang sama setiap kali - macam Mahathir juga.
Sepatutnya pada usia 68 tahun, Muhyiddin tak seharusnya menjadi remote control kepada Mahathir. Berbincanglah dengan Perdana Menteri elok-elok cara bagaimana nak menyelesaikan masalah melibatkan menantu Muhyiddin di Bestari.net ni.
RM 1 billion bukan jumlah yang besar kalau nak dikirakan, boleh settle kalau bincang baik-baik, tak payah jadi balaci Mahathir.
No comments:
Post a Comment