Saturday, July 18, 2015

Mahathir Beraya Dalam Dosa


Dikhabarkan semalam hampir 80,000 orang mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri di Putrajaya.  Dipercayai mereka ini datang dari semua pelusuk negara untuk bertemu dengan pemimpin nombor satu negara tersebut.

Kehadiran orang yang ramai ini membuktikan bahawa Perdana Menteri masih mendapat sokongan yang kuat dari seluruh rakyat Malaysia.  80,000, dengan mengambil kira 2/3 warga kota yang pulang beraya dikampung, adalah satu jumlah yang cukup besar.

Jadi, persepsi yang mengatakan Perdana Menteri tidak mendapat sokongan rakyat itu adalah seperti yang dikatakan - persepsi semata-mata, tidak ada benarnya sama sekali.

Tambahan pulak mutakhir ini, banyak bukti timbul yang menunjukkan Perdana Menteri tidak bersalah dalam semua fitnah yang dilemparkan ke atas beliau.  Taburlah banyak mana pun, tidak akan memberi kesan.

Pada masa yang sama, tidak banyak yang dihebahkan tentang berapa ramai yang berkunjung ke rumah Mahathir untuk beraya atau mungkin Mahathir lebih selesa beraya dengan kuda-kudanya yang dianggap lebih mulia dari manusia.

Atau mungkin juga Mahathir tidak mengadakan rumah terbuka kerana dia diketahui sangat berkira dengan duitnya.  Itu duit yang di dalam negara, banyak, pun berkira juga, belum dimasukkan lagi jumlah duit di luar negara yang tidak mendapat kerjasama Perdana Menteri untuk dibawa balik.

Begitupun, pedulikanlah kerana begitulah nasib manusia yang hidup bergelumang dengan dosa.

No comments:

Post a Comment