Tuesday, July 14, 2015

1MDB: Laporan Awal Audit Tidak Jumpa Sebarang Penyelewengan, Malunya Mahathir


Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini (rujuk dibawah) mengesahkan bahawa, laporan awal audit berkaitan dengan syarikat 1MDB, tidak menjumpai sebarang salah laku dalam pengurusan syarikat tersebut.

Seperti mana amalan biasa, kalau dalam laporan awal tidak ada masalah, dalam laporan akhir pun tidak akan ada masalah juga.  Masalah yang  kecil-kecil tu biasalah, maksud cakap ni masalah besar, RM 42 billion hilang contohnya, itu disahkan setakat ini tidak berlaku.

Apa pun, dapatan Audit yang diumumkan hari ini sepatutnya menjadi tamparan maha hebat kepada Mahathir yang bersungguh-sungguh mendakwa banyak wang dah dihilangkan oleh Perdana Menteri melalui 1MDB.

Malulah, berbulan-bulan menuduh, diakhirnya (selepas siasatan), tidak ada apa yang boleh dikatakan penyelewengan berlaku dan sudah tentu duit RM 42 billion itu pun tidak hilang sebagaimana yang didakwa.

Jika di Jepun, orang macam Mahathir sudah tarik pedang dan tikam perut sendiri, tapi kita tidak minta dia jadi macam itu pun cuma minta Tuhan bagi dia sedikit masa lagi agar lebih banyak terdedah dan lebih banyak menunjukkan yang dia tu salah dan Najib selama hari ini betul.

Sudah tentu Mahathir dapat mengagak akan hasil siasata ini kerana dia sendiri pun hanya 'menembak' dalam gelap.  Kredibiliti Jabatan Audit pun telah diperlekehkan Mahathir awal-awal lagi.  Tapi apa Mahathir fikir, itu tidak penting, yang penting rakyat.

Pada rakyat, Jabatan Audit boleh dipercayai, buktinya, laporan audit mengenai ketirisan yang dilakukan kakitangan kerajaan tertentu, menjadi tumpuan rakyat dan juga pembangkang.  Kalau yang itu boleh diterima, kenapa yang ini perlu ditolak, audit juga kan?

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE 
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


PRESS STATEMENT
YB MINISTER OF FINANCE II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH

The preliminary report by the Auditor General investigating 1MDB’s activities has found no evidence of wrong doing, and therefore the reckless allegations by some parties including the “disappearance” of RM42 billion and transfer of USD700 million to certain individual does not arise.
It is my hope that all baseless allegations  will be put to rest.  We have to remain patient and we look forward to the final report by AG and the Public Account Committee (PAC).
Our focus is now on the rationalisation plan, whereby the Government is committed to have the issues pertaining to 1MDB’s debt be resolved.
The definitive aim of the rationalisation plan is to rebalance 1MDB’s asset and debt in order to support its financial structure that will ensure its sustainability going forward.



Office of the Minister of Finance II
Ministry Of Finance, Putrajaya  
14 July 2015

No comments:

Post a Comment