Entah macam mana, akhbar NST Singapura berjaya mendapat slot untuk menemuramah Justo di penjara Thailand. Tapi dengan hubungan baik kerajaan Singapura dan kerajaan Thailand terutama dalam bidang ketenteraan, kejayaan akhbar milik kerajaan Singapura menembus penjara Thailand ini, bukanlah suatu yang mengejutkan.
Sebagai selingan, pada tahun 2004, kerajaan Singapura mendermakan sejumlah 7 buah jet pejuang F16A/B (model Bravo dan Alpha) kepada tentera udara Thailand dan hubungan mereka semakin erat sejak itu.
Jadi jangan peliklah kenapa NST Singapura boleh tembus penjara Thailand untuk temuramah Justo.
Bagaimanapun, itu bukan intipatinya, intipatinya ialah kenyataan Justo dalam temuramah itu yang mengesahkan dia dijanjikan wang sebanyak USD 2 juta untuk nilai dokumen Petro Saudi yang nak dijualnya kepada 2 pembeli - salah seorang ialah ahli perniagaan terkenal dari Malaysia.
Siapa ahli pernuagaan ini tidak penting, tapi mesti salah seorang dari 6 Tan Sri yang bersekongkol dengan Mahathir untuk menggunakan dokumen-dokumen itu (yang telah diubahsuai) untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam erti kata lain, ada kemungkinan yang besar ia adalah Mahathir yang membayar Justo sebanyak USD2 juta untuk mendapatkan dokumen Petro Saudi dari Justo dan kemudian diubah suai (dengan kerjasama Sarawak Report) untuk menumbangkan Najib.
Kemungkinan ini tak boleh di elak kerana hanya Mahathir saja satu dari dua pihak berkepentingan dalam isu ini (selain pembangkang) yang nak menumbangkan Najib.
Begitulah bagaimana Mahathir sanggup berhabis untuk memenuhkan nafsu serakahnya. Yang memuja memuji macam KCD dan SSTDM hanya dapat air mineral percuma, Justo dapat USD 2 juta.
Kasihan kasihan.
Maaf, setahu saya tidak ada menyebut nama Tun Mahathir.
ReplyDeleteMemang tak sebut,tapi orang kuat dia kan ado.so nak cover line yang kena orang kuat Tun,tapi dalang sebenarnya sudah tentu TUN,sebab terang2 dia suruh Najib letak jawatan dan terang2 dalam siri 1mdb dia yang jadi juara bertanya berbagai soalan yang bukan2 .Walau siapa TUN dulu,sekarang dia bukan TUN yang pernah saya kenali dan sanjung.ya...lah manusia tu bukan maksum dan kekadang di penghujung usia Allah uji dengan berbagai lagi ujian,cuma kita sebagai manusia mampu atau tidak diuji.
ReplyDelete