Perletakan jawatan Tan Sri Lim Kok Wing sebagai penyelaras khas program (bukan penasihat) kepada Perdana Menteri baru-baru ini, entah macam mana menjadi isu yang sangat hebat dimana berlumba-lumba orang yang entah dari mana hujung pangkalnya, cuba menjadi jurucakap Lim dalam hal tersebut.
Dengan Lim pun tak bercakap apa-apa, ada yang dakwa perletakan jawatan itu disebabkan 1MDB, ada yang kata kegagalan menaikkan populariti Datuk Seri Najib dan sebagainya.
Kita pun tak faham dengan apa kaitan 1MDB terbabit kerana Perdana Menteri sedang menjuarai isu tersebut sekarang terutama bila laporan interim dari Jabatan Audit kepada PAC, tidak menunjukkan berlakunya sebarang penyelewengan.
Hakikat sebenarnya (menurut sumber dalaman Putrajaya sendiri), perletakan jawatan Lim itu tidak ada kena mengena dengan 1MDB mahupun Perdana Menteri tapi lebih kepada kegagalannya mendapat kerjasama dari beberapa kementerian untuk melaksanakan program-program yang telah beliau rancang.
Puncanya pun bukan apa, ada di antara program berbentuk pendidikan dan mempromosi dasar-dasar kerajaan ini (tugas yang diamanahkan kepada Lim), bertindih dengan program sama yang telah dirangka di peringkat kementerian, itu saja.
Lagipun ramai orang tidak tahu bahawa jawatan Lim sebagai penyelaras khas program kepada Perdana Menteri tidak berbayar malah jawatan itu pun beliau sendiri yang minta sebagai sebahagian daripada sumbangannya sukarelanya kepada kerajaan - sesuatu yang telah lama beliau lakukan, sejak zaman Mahathir lagi.
Ini bukan mengejutkan kerana menurut sumber yang sama, kejayaan Lim hari ini (sehingga mampu menubuhkan kolej sendiri) adalah hasil sumbangan kerajaan kepadanya terutama setelah dianugerahkan kontrak untuk mempromosi program rakan muda pada era Mahathir dulu.
No comments:
Post a Comment