Percaya atau tidak, takdir Muhyiddin Yassin mungkin berbeza kalau Mahathir tidak menyeret namanya ke dalam konflik yang sengaja dicipta untuk mendesak perletakkan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahathir adalah punca kenapa 'sheikh' Muhyiddin untuk jadi Perdana Menteri naik mendadak. Kalau tidak, ini adalah penggal terakhir Muhyiddin sebagai Ahli Parlimen Paguh, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.
Boleh bersara dengan aman kalau nak diikutkan tapi kerana Mahathir, Muhyiddin terpaksa 'bersara' awal.
Kalau penulis jadi Muhyiddin, penulis akan minta ganti rugi dengan Mahathir. Gaji tu mungkin tak seberapa tapi faedah lain, 'kemaluan' dan sebagainya yang terpaksa ditanggung Muhyiddin bila kedudukkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri hilang.
Menurut Raja Petra Kamarudin, Mahathr dan kawan-kawannya menjadikan kebarangkalian Najib memecat Muhyiddin ini sebagai bahan ketawa, Mahathir sangat yakin Najib tidak akan berani untuk memecat Muhyiddin.
Sebab itulah Muhyiddin dipaksa membaca skrip yang Mahathir sediakan tapi rupa-rupanya Najib memang Bugis sejati, Muhyiddin dipecat dan mangsa seterusnya yang kuat diperkatakan orang ialah anak Mahathir sendiri, Mukhriz di Kedah.
Gelap masa depan Muhyiddin dek Mahathir.
No comments:
Post a Comment