Dua hari lepas Majlis
Hari Jadi 'pemimpin Melayu Islam' ke 90 telah disambut di sebuah dewan
mewah di Kompleks Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Persoalan yang
muncul berapakah
perbelanjaan yang hangus untuk meraikan hari jadi Mahathir yang ke 90
dalam keadaan serba mewah itu. Benarkah penari, ahli silap mata dan
kebanyakan persiapan serta artis dan krew didatangkan terus dari luar
negara (Las Vegas) ? Berapa bayaran yang dikenakan termasuk dengan
persiapan dan artis - artis tempatan dan antarabangsa yang dibawa hadir ?
Menurut maklumat yang
diperolehi semua majlis mewah tersebut menghanguskan perbelanjaan
hampir RM1 juta. Majlis itu dikatakan dibiayai oleh Pengerusi
Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan. Apa kepentingan
Vincent Tan ingin menaja majlis semewah itu untuk meraikan Mahathir,
jika jawapanya bekas pemimpin negara, berapa ramai bekas pemimpin yang
diraikan sebegitu rupa ? Ia lebih mewah dari Majlis Keputeraan
kebanyakan raja Melayu pun.
Adakah ini sebahagian balasan menjadikan Vincent selaku kroni ( mungkin
tepat proksi) yang kaya raya menyedut wang rakyat sehingga sekarang.
Rakyat tidak harus lupa siapakah Menteri Kewangan yang telah memberikan
kelulusan awal judi bola kepada syarikat judi Vincent Tan ? Siapakah
yang menjadikan Vincent Tan kaya raya teramat sangat apabila kerajaan
dibawah pentadbiranya bukan sahaja meluluskan tanah di Bukit Tinggi
tetapi lesen perjudian nombor ramalan, mesin slot dan seumpamanya ?
Masih ingatkah kita sekitar awal 1980 an Vincent
telah mula berjaya menempatkan dirinya didalam kumpulan Mahathir-Daim.
Dalam masa yang singkat peluang perniagaan mencurah-curah turun
kepangkuan Vincent, saorang ahli baru (kroni) Mahathir-Daim. Salah satu
‘hadiah’ bagi Vincent datangnya dalam bentuk penswastaan Loteri
Kebajikan Masyarakat pada tahun 1985. Dengan sokongkan Sports-Toto
sebuah syarikt loteri yang amat menguntungkan, Loteri Kebajikan
Masyarakat telah diserahkan diatas dulang perak kepada Vincent dengan
hanya berpandukan proposal sebanyak dua muka surat dan bukan itu sahaja
Vincent turut mendapat pinjaman bank yang berbilion!
Vincent telah
mengembangkan syarikatnya secara besar-besaran. Salah satu syarikat
yang diambil alih olih Vincent pada awalnya ialah syarikat Raleigh, yang
pada suatu waktu adalah kepunyaan Daim. Pengambil alihan syarikat
Raleigh olih Sports Toto telah diluluskan olih Menteri Kewangan pada
waktu itu - Daim sendiri! Begitulah caranya para kroni bekerja!
Adakah kita terlupa,
bagaimana Vincent bolih mencapai kedudukannya sekarang melalui Berjaya
Group. Arkib media penuh dengan ‘business deal’ dan keputusan-keputusan
mahkamah yang mencurigakan dan menimbulkan persoalan; setengahnya atas
usahanya sendiri manakala yang lain dengan mendapat restu dari Mahathir
dan Daim.
Mungkin ramai boleh
meneka kenapa Vincent Tan (kroni atau lebih tepat proksi) Mahathir boleh
belanjakan wang banyak membuat majlis hari jadi mewah untuknya. Kepada
juak juak Umno yang pandai hukum hakam, apa hukumnya hadir dan makan
dalam majlis yang ditaja oleh duit judi ?
Bila melihat rakaman
dan aturcara program, nampaknya Vincent Tan juga sudah menjadi cukup
Umno. Majlis penuh mewah, riang ria itu cuba diwajahkan Melayu Islamnya
dengan kemunculan seorang Ustaz membaca doa makan.
Menanti pejuang dan
pembela Umno menjawab isu ini dan sedia dikucing kurapkan sekali lagi
oleh negarawan korup. Kepada kebanyakan pemimpin pembangkang pula adakah
senyap dan tutup mata atau Mahafiraun ini telah menjadi suci ?
Itulah Mahadey,dah pesan jangan buka aib orang,satu hari nanti Allah akan buka aib kamu dah dah terbukti semua hal anak beranak kamu pun terlondeh sama.dari saya tak tahu apa2 sekarang saya dah tahu macmana anak2 Mahadey ni boleh kaya raya,tak teringat pulak saya mahadey ni penasihat pertronas.Baguslah biar semua orang tahu dalam menyelam rupanya mahadey sempat minum air.
ReplyDelete