Ramai mempersoal kenapa harga minyak perlu naik atau turun setiap bulan. Majoriti yang mempersoalkan ni kelihatan masing terbawa-bawa dengan zaman Mahathir dulu dimana harga minyak jarang berubah terutama pada dekad 90-an.
Kecuali 3 tahun terakhir pentadbiran Mahathir dimana harga minyak naik berturut-turut, sepanjang 90-an boleh kata harga minyak kekal stabil pada RM 1.30/liter. Tapi ini didorong oleh kestabilan harga minyak dunia iaitu pada kadar USD30/barrel sepanjang tempoh tersebut.
Lagipun jumlah subsidi yang diberikan tidak banyak, kerajaan pada ketika itu tidak belanja lebih dari RM 1 billion setahun pun untuk minyak, selain jumlah kereta yang tidaklah sebanyak sekarang. Zaman ini, pada tahun 2013 saja, kerajaan membelanjakan RM 25 billion untuk minyak sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak bijak mengubah subsidi itu dalam bentuk BR1M
Dari berbelanja sebanyak RM 25 billion sahaja untuk minyak, kerajaan hanya berbelanja RM 4-7 billion untuk BR1M dan yang dapat ini pun memang golongan yang memerlukan selain rakyat Malaysia yang betul.
Pun ramai tidak tahu bahawa minyak, walaupun disubsidi kerajaan Mahathir tapi dia juga mengenakan cukai, sebab orang nampak subsidi tapi tak nampak cukai jualan yang dikenakan, tak rasa terpedayalah.
Faham saja, cukai jualan dulu bukan macam GST sekarang, nampak dalam resit. Cukai jualan dulu dikutip dari rakyat tapi dibayar kepada kerajaan atau tidak, belum tahu sebab tidak ada sistem seperti mana sekarang untuk mengesannya.
Apa pun, zaman berubah dan rakyat juga perlu membuang pendekatan yang diambil Mahathir dalam menentukan harga minyak di negara ini. Banyak negara yang dulu mewah dalam memberi subsidi minyak kepada rakyat mereka masing-masing, sudah mengubah pendekatan tersebut.
Hari ini sistem yang digunakan adalah pengapungan harga minyak, ikut purata sebulan. Itu yang terbaik untuk rakyat. Kalau ikut pendekatan Mahathir dulu, boleh bankrap negara ni dek subsidi minyak saja.
No comments:
Post a Comment